Friday, May 9, 2008

Membisu atau terus terbisu?


Nizar membisu

IPOH 8 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menyatakan sebarang pendirian terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Meskipun didesak oleh para wartawan, Mohammad Nizar tetap mengelak untuk memberikan sebarang komen.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Menteri Besar menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap sikap biadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ini kerana katanya, seluruh rakyat yang menghormati institusi raja terluka dengan sikap Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah secara terbuka.

Tindakan Karpal menyanggah titah Sultan Perak menunjukkan keperibadian beliau tidak terdidik dengan sosio-budaya dan sistem berkerajaan yang diwarisi turun temurun di negara ini.

Malah, apa yang paling dikesali, katanya, Karpal mengkritik Sultan Perak yang pernah menyumbangkan jasa besar dalam perundangan negara dan disegani seluruh masyarakat.

Sementara itu, Mohammad Nizar juga memberitahu, beliau belum mendapat perkenan Sultan Perak untuk menghadap memohon ampun berhubung tindakannya yang membelakangkan baginda ketika mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP.

''Saya belum mendapat perkenan untuk menghadap baginda dan tarikhnya juga belum ditetapkan," katanya.

--------------------------------------------------------

Kenapa beliau senyap membisu? Kenapa beliau tidak komen apa2? Oh, lupa pulak. Ada orang "Roket" yang sedia menembak "Bulan" yang beliau duduki jika bersuara mengecam Karpalakhanat Singh. Oh, lagi satu, Harakah Daily pula hanya mengeluarkan cerpen pendek bertajuk " Si penderhaka yang mahu membela istana" yang sudah tentu nampak sekali ingin menyasarkan pemikiran pengikut2 "Bulan" supaya mereka tidak tertanya2 mengapa kepala2 "Bulan" tidak bersuara melawan Karpalakhanat Singh.

Malah ada juga rencana yang dikeluarkan bertajuk "Tangan ghaib di sebalik tabir istana Perak?" yang cuba menunjukkan atau menimbulkan persoalan kepada pembaca bahawa keputusan Istana Perak ada golongan "Keris" yang pengaruhi. Namun begitu si penulis "Bulan" tersebut hanya mengeluarkan persoalan tanpa jawapan. Dia ingat rakyat bodoh?

Yang jelas: Mereka pandai berdolak-dalik untuk mengelak daripada melukakan hati rakan baik "Roket" mereka. Ikatan mereka dengan harbi cuba untuk disembunyikan tetapi rakyat bijak kerana sudah terang lagi bersuluh di depan mata rakyat yang si harbi "Roket" mengecam ketua agama kita!

0 comments: