Wednesday, May 7, 2008

Wahai HarakahDaily, ngape senyap je?


Saya bersetuju dengan entri dari Pembela Melayu yang menyatakan di HarakahDaily tiada langsung pengupasan mengenai Karpalakhanat Singh yang menyelar Sultan Perak, yang juga selaku Ketua Agama negeri Perak tetapi di HarakahDaily diam membisu dan hanya menceritakan perihal UMNO sahaja. Yang buruk2 pulak tu. Ini ke dinamakan "membangunkan Islam". Pembaca sekian fikirkanlah sendiri. Bukan hak saya untuk menghakimi dan memaksa pembaca sekalian untuk menerima pandangan saya. Tapi saya yakin kepada Melayu yang benar2 sayang bangsa dan agama boleh menerima pendapat saya malah mereka boleh mengutarakan lagi pendapat yang lagi hebat.

Sedikit sisipan dari blog Pembela Melayu daripada entri yang bertajuk HarakahDaily Menipu Pembaca Mereka, Karpal Singh capai objektif:

Berita yang mendapat tempat di banyak media alternative dan disiarkan pertama kali oleh MalaysiaKini dan diulas oleh saya di bawah tajuk DAP Desak PAS gugur Negara Islam tidak mendapat tempat langsung di dalam HarakahDaily edisi Internet. Sehari selepas itu, Wan Azizah pula membuat kenyataan yang dipetik oleh MalaysiaToday mengatakan tidak masuk akal untuk PAS menubuhkan Negara Islam di Malaysia turut diulas oleh saya di bawah tajuk “Tidak Masuk Akal Tubuh Negara Islam“. Malah, isu Karpal Singh menolak Negara Islam menjadi isu polis apabila PAS Johor menghalalkan darahnya.

Dari sisipan diatas pembaca sekalian diajak berfikir tindak tanduk orang "Bulan" tersebut. Kenapa masih berdiam diri seolah2 tidak kisah apa yang kafir HARBI dengan beraninya mengeluarkan kenyataan dengan gah dan sombong sekali? Wahai "Bulanlings" (macam "Earthlings"), kemana anda semua? Bisu dah?

Sedarkah kenyataan si Karpalakhanat Singh tu bermakna menyelar Ketua Agama kita dan menghentam agama Islam?

Pembaca sekalian boleh membaca entri penuh dari Pembela Melayu di sini :

HarakahDaily Menipu Pembaca Mereka, Karpal Singh Capai Objektif

0 comments: