Friday, April 3, 2009

Anwar jual nama Allah kepada kafirin untuk raih undi

Saya 'terbang' jauh ke Batang Ai hari ini untuk posting perkara yang sensitif kepada kita orang Melayu/Islam, iaitu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Anwar berceramah di Lubok Antu dihadapan masyarakat Iban, mengatakan PKR tidak mempunyai masalah jika penganut agama lain nak menggunakan kalimah Allah, dan penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

INI JELAS ANWAR MENYOKONG KEHENDAK IRENE FERNANDEZ DAN JUGA PERGERAKAN KAFIRIN UNTUK MEMURTADKAN ORANG MELAYU/ISLAM DENGAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH.

DAN INI JUGA BERMAKNA ANWAR MENGIKTIRAF UMNO BAHAWA UMNO SEMEMANGNYA PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR YANG SEJATI KERANA BUKAN ISLAM TAK BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH DISEBABKAN OLEH UMNO.

Anwar_ibrahim "Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah. Nik Aziz juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah" - Anwar Ibrahim.

anwar-ibrahim "Tetapi UMNO tidak bagi guna nama Allah. Pada PKR jika nama Allah mahu digunakan oleh penganut agama lain, kami akan biarkan sebab itu hak mereka (penganut agama lain)" - Anwar Ibrahim.

Ini semua adalah gerakan liberalisai oleh Anwar Ibrahim sehingga agama Islam mahu dijadikan setaraf dengan agama lain. Perkara ini bukan boleh main-main! Sebagai seorang Islam, kita perlu menentang pergerakan ini. Kita perlu menentang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin yang juga Team Ulama di dalam PAS ketika di dalam Parlimen, telah menerangkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain di Malaysia ini.

Siapa yang anda nak dengar? Anwar atau Ustaz  Taib Azamuddin?

Allahuakbar!!!

Kita tolak Anwar!

Kita tolak Erdogan!

Kita tolak DAP!

KITA TOLAK NIZAR DI BUKIT GANTANG KERANA NIZAR JUGA BUDAK SURUHAN ANWAR!!!

0 comments: