Friday, May 22, 2009

Ahmad Awang masih tak faham 28+3 ke?

Ahwad Awang mengatakan "BN hanya mempunyai 28 kerusi DUN dan pakatan pembangkang juga 28 manakala tiga lagi adalah Bebas, patut diadakan pilihan raya."

Inilah dia seorang Ustaz yang mengatakan lebih baik gabung dengan kafir daripada gabung dengan UMNO zalim. Demi kuasa sanggup jual agama dan bangsa. Sayang benor dia kat Lim Kit Siang tu agaknya.

Ahmad Awang sebagai seorang yang bergelar Ustaz jangan memilih untuk mengelirukan rakyat. Menipu namanya tu. Dia masih inginkan pilihan raya diadakan bermakna:

1. Pembangkang tidak mahu menerima hakikat keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah.

2. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat bahawa BN tiada majoriti dengan mengatakan BN ada 28 kerusi sama seperti mereka. Walhal telah jelas bahawa 3 ADUN BEBAS TERSEBUT MENYOKONG BARISAN NASIONAL. MAKA BN ADA MAJORITI IAITU 31 kerusi (28 BN + 3 Bebas).

Kenyataan Ahmad Awang jelas menunjukkan sikap double standard mereka terhadap keputusan mahkamah, sikap yang suka mengelirukan rakyat dan juga penguasaan matematik yang lemah. Hehehe.

1 comments:

Muhammad said...

Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

Tarikh : 26 MEI 2009 (SELASA – HARI INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.

http://pondokhabib.wordpress.com