Friday, May 22, 2009

Menang...ada nak baring atas jalan?

Syukur. Sebelum ini mahkamah tinggi memutuskan bahawa Nizar MB Perak. Kita terima dengan hati terbuka tanpa perlu baring di atas jalan dan bersidang bawah pokok. Apabila mahkamah rayuan memutuskan Zambry MB Perak, sudah tentu kita menerima dengan hati yang lebih terbuka. Ini kerana Zambry memiliki majoriti mudah untuk dilantik sebagai MB.

Jadi, adakah Zambry akan membawa usul membubar DUN? Sudah tentu tidak. Buat sidang DUN dan jalankan pentadbiran seperti biasa. Tak perlu undi tak percaya pada Nizar kerana memang sejak perlantikan Zambry, Nizar bukan lagi MB Perak kerana telah hilang majoriti.

0 comments: