Thursday, June 4, 2009

PAS sedar ada penyokong dah tersasar

Ulama tetap perlu memimpin Pas

04/06/2009 2:37pm

SHAH ALAM 4 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Pas bukan parti yang memerintah negara, tetapi realiti politik semasa memerlukan Pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.

iraqi Katanya, beliau menekankan soal itu kerana terdapat segolongan kecil daripada penyokong Pas yang cuba memperkecilkan dan menidakkan sumbangan golongan itu dalam memajukan parti tersebut.

``Yang lebih malang mereka menggunakan teknologi canggih seperti ruangan blog, facebook, list group dan media elektronik lain untuk memburukkan peribadi, menyerang ulama, atas nama kebebasan yang melulu tanpa batasan akhlak dan syarak,'' katanya dalam ucaptama di majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, hari ini. - Utusan

Dewan Ulama PAS nampaknya sedar bahawa PAS sedang mengalami satu transformasi yang bahaya kerana mereka inginkan golongan ulama menerajui PAS agar meneruskan pergerakan berdasarkan kehendak Islam. Secara jelas menunjukkan terdapat usaha untuk menidakkan kepimpinan ulama oleh golongan-golongan tertentu di dalam PAS dan juga menunjukkan transformasi PAS yang melihatkan pemimpin berebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut.

husam_0125 Datuk Mohamed Daud Iraqi juga jelas kesal dengan penyokongnya yang buta hati kerana menggunakan alam siber untuk menghentam ulama demi menaikkan pemimpin yang mereka kehendaki. Inilah transformasi 'demokrasi' yang dialami PAS dan diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS tersebut apabila mengatakan penyokongnya  yang menyerang ulama berselindung di sebalik 'atas nama kebebasan'. Kebebasan yang dilaungkan berlandaskan demokrasi ala Amerika memang tidak diterima di Malaysia. Namun, itulah yang berlaku di Malaysia dan PAS juga tidak terkecuali.

0 comments: