Saturday, August 15, 2009

Kebebasan Bersuara: DAP Hipokrit

DAP sering mengatakan mereka memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar. Dalam dada-dada akhbar mereka sering mengecam dan memfitnah kerajaan Barisan Nasional. Namun jika kritikan terkena pada mereka, mulalah mereka menggertak ingin menyaman akhbar yang menyiarkan kelemahan mereka. Cara yang mereka gunakan seperti mekanisme Yahudi Zionis yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara jika ianya menyebelahi pihak mereka. Jika tidak menyebelahi, maka akan dikecam dan diugut. Demokrasi apa? Demokrasi haprak.

Rakyat jangan terpengaruh dengan anasir jahanam DAP yang mahu menunjukkan merekalah hero segala hero untuk menyelesaikan masalah rakyat dan apabila kesalahan mereka jelas terpampang mereka menuduh ianya konspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk menjatuhkan mereka. Sungguh licik mekanisme Yahudi Zionis yang mereka gunakan. Sungguh hipokrit hatta Dr. Ridhuan Tee juga dilabel pengkhianat bangsa mereka semata-mata kerana menegur segelintir pemimpin Cina yang ultra-kiasu.

Malah sekarang, mereka dengan lantang menghina Islam. Lebih seronok lagi mereka telah diberi ‘lampu hijau’ oleh Nik Aziz bahawa tak salah bila mereka menghina Islam.

Mahukah kita sebagai umat Islam melihat kebatilan ini berterusan?

2 comments:

YANG GAMBI said...

salam,

Mungkin juga betul kata DAP, itu cakap-cakap komunis, bila dapat kuasa je, Polis ka, SPRN ka atau sapa-sapa jangan usik saya punya olang ma........

Pak Agenda said...

Yang,

Ya, bila DAP berkuasa...mungkin polis ka, sprm ka,bomba ka,tukang kebun balai bomba ka musti mau sembah DAP maa...haru-biru jadinya...