Sunday, November 23, 2008

Mengapa mereka menentang? Atau dimanakah kedudukan kita?

Tidak fahamkah MEREKA yang segelintir itu Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan? Tidak fahamkah MEREKA yang segelintir itu bahawa Islam itu agama yang majoriti di Malaysia? Tidak fahamkah MEREKA yang segelintir itu menentang fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa mengenai pengkid dan yoga bermakna mengguris jutaan penganut Islam di Malaysia (mungkin yang 'Moderate Muslim' dan 'Liberal Muslim' tak terasa..mungkin..).

Bagaimana pula dengan kita? Tak perlu kita mempersoalkan "dimanakah pemimpin UMNO bila hal ni berlaku" atau "dimanakah ulama-ulama PAS bila hal ni berlaku", STOP IT! Agama itu dibawah parti ke? Persoalan ini timbul menunjukkan betapa LEMAHnya ikatan persaudaraan kita sesama Muslim. Inilah jawapan kepada persoalan saya 'Mengapa mereka menentang?' Selepas anda solat muhasabah diri anda semula.

Kita perlu bersatu di bawah panji Islam. Kita menentang MEREKA yang menentang Islam.

Wassalam.

p/s: Siapa makan pedas, dia terasa cilinya.

Wednesday, November 5, 2008

Pelan Najib vs Pelan Anwar

1. PAKEJ ransangan Fiskal berjumlah 7 Billion yang diumumkan Najib di Parlimen merupakan satu lagis suntikan untuk merancakkan ekonomi negara, memastikan rakyat menerima faedahnya.


2. Ia berbeza dengan Belanjawan DS Anwar yang mahu dikurangkan bajet. Secara mudahnya, jika wang di pasaran statik dan kurang, bolehkah pusingan ekonomi bergerak lancar?


3. Berbanding Najib yang mencadangkan pemotongan KWSP direndahkan kepad 8%, menambahkan jumlah pinjaman kenderaan, memangjangkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 kepada 30 tahun, malah menyuntik RM1.5 Billion kepada FDI.


4. Anwar mencadangkan pengurangan Bajet Kewangan sebagai dasar penjimatan, berbeza dengan DS Najib yang mahukan kecairan ekonomi domestik berterusan, walaupun menghadapi kesan ekonomi global.


5. Anwar melihat pakej RM7 Billion itu sebagai pakej rasuah yang menguntungkan kroni, tetapi Najib melihat 100,00 graduate yang keluar setiap tahun perlu diberi pekerjaan, jika tidak akan memberi kesan negatif kepada negara.


6. Harga Kelapa Sawit jatuh daripada RM800 se Tan kepada RM200 se Tan. Kerajaan telah menurunkan harga baja dan racun, RM200 juta untuk penanaman semula, pengurangan stok bersama Indonesia, semuanya dibuat untuk kemudahan pekebun kecil.


7. Anwar nampaknya kena mengakui belanjawannya sudah menjadi kertas sejarah. Ekonomi perlu bergerak dan menolak teori ekonomi Anwar yang memilih penguncupan berbanding kecairan.


8. Apabila Najib bertanya dalam parlimen kepada Anwar apa yang akan jadi kepada perkerja kontrak/sambilan, kontraktor-kontraktor kecilan, dan pekedai jika Teori Penguncupan Belanjawan Anwar dilaksanakan? Anwar tidak dapat menjawab sebaliknya keluar dewan dan melemparkan tuduhannya di depan mikrofon media yang menjadi amalannya selam ini.


Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.

Blog Jentayu

Pak Agenda: Tak reti sangat bab ekonomi ni tapi teori penguncupan dak Anwar ni lebih kurang apa yang dia lakukan masa 1997/1998. Ramai yang hilang kerja, ekonomi pulak freezed. Kepada siapa-siapa yang lebih arif DAN yang mengkaji sejarah ekonomi Malaysia ni boleh la bagi penerangan ya.