Sunday, June 28, 2009

Tak nak bincang, tapi nak debat pulak

Aneh.

Itulah yang mampu saya ungkapkan dengan TG Nik Aziz yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan menyakitkan hati ramai orang Melayu.

Untuk mengelakkan isu UMNO disamakan dengan komunis diperbesarkan (walhal mereka bersekongkol dengan komunis DAP) maka di'konar baring' pula ke arah perdebatan dengan Najib. Pelik sungguh. Apabila ada peluang untuk bermuzakarah demi kebaikan umat Islam, ditolak dan ditentang habis-habisan dan akhir sekali UMNO-BN pula yang dituduh mengutarakan idea kerajaan perpaduan untuk mengucar-kacirkan PAS sedangkan yang memulakan idea tersebut adalah Presiden PAS sendiri.

Muzakarah adalah lebih baik untuk capai persetujuan bagi kebaikan dan kepentingan umat Islam.

Atau adakah debat hanya untuk melihat siapa lebih Islam daripada orang lain?

Buang masa.

Buang karen je.

Thursday, June 18, 2009

al-Furqan al-Haq menyelewengkan akidah umat Islam

Jika anda pernah surf / terbaca / mengetahui mengenai al-Furqan al-Haq, sila sebarkan kepada umat Islam terutamanya melalui alam cyber ini kerana al-Furqan al-Haq menyelewengkan akidah umat Islam seperti yang dilaporkan di sini.

Petikan:

Sementara itu, Harussani berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan sumber al-Quran daripada internet yang dinamakan 'al-Furqan al-Haq' yang cuba disebarkan sebagai usaha menyelewengkan akidah umat Islam.

Wednesday, June 17, 2009

Mungkin Kerajaan Perpaduan Adalah Diversi Anwar

Saya amat menyokong Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak kerana bersikap terbuka mengenai kerajaan perpaduan yang diketengahkan oleh PAS, walaupun segelintir pemimpin PAS termasuklah Mursyidul Amnya menentang sekeras-kerasnya idea perpaduan ini. Jelas terang lagi bersuluh siapa pemimpin yang tidak mahu orang Melayu bersatu, apatah lagi parti politik seperti PKR dan DAP yang memang mahukan Melayu berpecah-belah.

Namun saya terfikir, dibelakang Nik Aziz sudah tentu kem Erdogan yang mencucuk beliau supaya menentang idea kerajaan perpaduan hingga sanggup menyuruh Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS, supaya meletak jawatan dan menyertai UMNO kerana membuat perkara 'sampah' (perpaduan). Lebih saya telaah, saya terfikir adakah juga isu kerajaan perpaduan ini juga diversi Anwar untuk mengelakkan fokus terhadap kes liwatnya pada 1 Julai ini? Anwar seorang opportunis. Apabila Presiden dan Timbalan Presiden PAS mengutarakan idea yang murni, terus sahaja Mursyidul Am menentang idea tersebut, dengan penuh amarah pula tu. Anwar mampu sahaja menggunakan peluang perpecahan pemimpin PAS untuk mengkudakan Husam dan team Erdogan supaya mencucuk Nik Aziz agar menentang idea kerajaan perpaduan.

Ia hanyalah pandangan saya. Jika ianya benar, Anwar mungkin mampu divert isu liwatnya dan pada masa sama, menjahanamkan PAS.

Wallahualam.

Wednesday, June 10, 2009

Tuan Guru Utama Karpal Singh

Pakatan pembangkang jelas menunjukkan kegoyahannya apabila DAP menyuarakan  ketidakpuasan hati terhadap cadangan Presiden PAS mengenai kerajaan perpaduan. Perkara sebegini jelas juga menunjukkan kaum kafir tidak mahu Melayu bersatu kerana mereka tidak mahu umat Islam  menjadi kuat. Bukan sahaja DAP yang bersuara malah komponen BN juga yang bersuara menyatakan 'tidak suka' atas idea Presiden PAS tersebut.20080516-karpal_anjing

Tok Guru pakatan pembangkang, Tuan Guru Utama Karpal Singh pula seperti biasa akan menyalak apabila perkhabaran perpaduan Melayu dibangkitkan.

Mungkin setelah T.G.U Karpal Singh menyuruh Anwar bertaubat, beliau akan menyuruh PAS pula bertaubat.

Haru-biru sungguh pakatan pembangkang.

Thursday, June 4, 2009

PAS sedar ada penyokong dah tersasar

Ulama tetap perlu memimpin Pas

04/06/2009 2:37pm

SHAH ALAM 4 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Pas bukan parti yang memerintah negara, tetapi realiti politik semasa memerlukan Pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.

iraqi Katanya, beliau menekankan soal itu kerana terdapat segolongan kecil daripada penyokong Pas yang cuba memperkecilkan dan menidakkan sumbangan golongan itu dalam memajukan parti tersebut.

``Yang lebih malang mereka menggunakan teknologi canggih seperti ruangan blog, facebook, list group dan media elektronik lain untuk memburukkan peribadi, menyerang ulama, atas nama kebebasan yang melulu tanpa batasan akhlak dan syarak,'' katanya dalam ucaptama di majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, hari ini. - Utusan

Dewan Ulama PAS nampaknya sedar bahawa PAS sedang mengalami satu transformasi yang bahaya kerana mereka inginkan golongan ulama menerajui PAS agar meneruskan pergerakan berdasarkan kehendak Islam. Secara jelas menunjukkan terdapat usaha untuk menidakkan kepimpinan ulama oleh golongan-golongan tertentu di dalam PAS dan juga menunjukkan transformasi PAS yang melihatkan pemimpin berebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut.

husam_0125 Datuk Mohamed Daud Iraqi juga jelas kesal dengan penyokongnya yang buta hati kerana menggunakan alam siber untuk menghentam ulama demi menaikkan pemimpin yang mereka kehendaki. Inilah transformasi 'demokrasi' yang dialami PAS dan diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS tersebut apabila mengatakan penyokongnya  yang menyerang ulama berselindung di sebalik 'atas nama kebebasan'. Kebebasan yang dilaungkan berlandaskan demokrasi ala Amerika memang tidak diterima di Malaysia. Namun, itulah yang berlaku di Malaysia dan PAS juga tidak terkecuali.