H1N1 atau selsema babi dah ada dah di Malaysia. Tapi penyakit yang dibawa bukan selsema babi, tapi selsema politik yang macam babi. Menyondol je kerjanya. Menyondol je apa cara pun asalkan matlamat politik tercapai. Nama panjang bagi penyakit selsema politik babi H1N1 di Malaysia ni dibawa oleh dua vektor politik sondol - Husam1Nizar1(H1N1).
Si Husam1 sondol menyondol dalam PAS,si Nizar1 menyondol Melayu & sanggup menyondol (menderhaka) kepada institusi Raja asalkan mereka mendapat jawatan. Memang kuat penyakit selsema politik babi yang mereka bawa, sangat buruk padahnya jika penyondolan mereka tidak dihalang. Yang paling penting untuk dihalang ialah vektor utama atau penyondol utama penyakit selsema politik babi, Brader Anwar Bin Ibrahim.
P/s: moga penyakit selsema babi yang sebenar tak sampai ke Malaysia. Moga kita dilindungi dari bencana yang Allah turunkan. Amin.
Tuesday, April 28, 2009
Selsema politik babi di Malaysia
Monday, April 27, 2009
Kafirin tak pernah berhenti untuk memurtadkan Melayu.
Sungguh meragukan apabila Herald Tribune masih lagi berusaha untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Jelas tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam yang sekarang makin jauh dengan pegangannya & seterusnya memurtadkan mereka. Sila layari blog saudara pi5au untuk membaca gerakan kafirin ini & siapa dalangnya.
http://pi5au.blogspot.com
Tuesday, April 14, 2009
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik- baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah. Dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.
---
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Monday, April 6, 2009
Pengundi hantu sandiwara PAS
Siapa nak baca berita fitnah/menipu/putar belit/palsu blogger sebelah sana sila ke sini :
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/umno-beli-400-helai-baju-pas-for-all.html
http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/londeh-seluaq-pertahan-quran.html
http://prioryofjenin.blogspot.com/2009/04/siapa-ismail-saffian.html
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/04/143-abo-bukit-gantang-live-2-bas.html
http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/hantu-syaitan-naik-bas-diserbu-petugas.html
http://perakexpress.blogspot.com/2009/04/pesta-menangkap-hantu-bermula.html
Semua pasal pengundi hantu, cerita palsu walhal semasa menang 5 negeri hari tu, tak ada pun sebut pasal pengundi hantu...memang teruk betul perangai depa ni.. oleh itu pastikan mereka akan kalah hari ini dan bila bila pun pada masa akan datang.... Jelas perjuagan mereka berbentuk balas dendam dan kebencian..
Sumber: Pang5 Perang Cyber
Rewind Nizar: Persidangan DUN - PAS tak perjuang negara Islam
Pengundi Bukit Gantang terutamanya penyokong PAS perlu menolak Nizar kerana telah membakulsampahkan perjuangan PAS. Perkara sebegini telah terbukti ketika Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-12, Nizar telah mengesahkan PAS tidak memperjuangkan Negara Islam, demi menjaga hati pemain bonekanya, Ngeh Khoo Ham. Saksikan video dibawah:
SIAPA SEBENARNYA NIZAR???
Friday, April 3, 2009
Anwar jual nama Allah kepada kafirin untuk raih undi
Saya 'terbang' jauh ke Batang Ai hari ini untuk posting perkara yang sensitif kepada kita orang Melayu/Islam, iaitu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Anwar berceramah di Lubok Antu dihadapan masyarakat Iban, mengatakan PKR tidak mempunyai masalah jika penganut agama lain nak menggunakan kalimah Allah, dan penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.
INI JELAS ANWAR MENYOKONG KEHENDAK IRENE FERNANDEZ DAN JUGA PERGERAKAN KAFIRIN UNTUK MEMURTADKAN ORANG MELAYU/ISLAM DENGAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH.
DAN INI JUGA BERMAKNA ANWAR MENGIKTIRAF UMNO BAHAWA UMNO SEMEMANGNYA PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR YANG SEJATI KERANA BUKAN ISLAM TAK BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH DISEBABKAN OLEH UMNO.
"Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah. Nik Aziz juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah" - Anwar Ibrahim.
"Tetapi UMNO tidak bagi guna nama Allah. Pada PKR jika nama Allah mahu digunakan oleh penganut agama lain, kami akan biarkan sebab itu hak mereka (penganut agama lain)" - Anwar Ibrahim.
Ini semua adalah gerakan liberalisai oleh Anwar Ibrahim sehingga agama Islam mahu dijadikan setaraf dengan agama lain. Perkara ini bukan boleh main-main! Sebagai seorang Islam, kita perlu menentang pergerakan ini. Kita perlu menentang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin yang juga Team Ulama di dalam PAS ketika di dalam Parlimen, telah menerangkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain di Malaysia ini.
Siapa yang anda nak dengar? Anwar atau Ustaz Taib Azamuddin?
Allahuakbar!!!
Kita tolak Anwar!
Kita tolak Erdogan!
Kita tolak DAP!
KITA TOLAK NIZAR DI BUKIT GANTANG KERANA NIZAR JUGA BUDAK SURUHAN ANWAR!!!
Tahniah DS Najib - PM Malaysia ke - 6
Alhamdulillah, perlantikan berjalan lancar. DS Najib telahpun SAH sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Moga dibawah pentadbiran beliau, Malaysia akan lebih bertambah sejahtera dan makin maju ke hadapan.
Tapi kita jangan alpa. Gerakan kafirin sentiasa kita perlu menentangnya.