Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Lompat Parti: Pembangkang Perak terdesak?

Permainan mereka (pembangkang) mudah sahaja. Apabila telah menjalankan ceramah seluruh negeri hatta seluruh negara, menyuntik semangat benci kepada penyokong mereka dan melaungkan "Bubar DUN", mereka membuat spekulasi bahawa akan ada lagi wakil rakyat dari pembangkang akan melompat masuk BN. Mereka menyuntik spekulasi ini ke benak penyokong mereka agar jika berlakunya episod lompat parti ke BN di Perak, maka mudah mereka untuk mengatakan DS Najib mengepalai lagi rampasan kuasa di Perak dan mungkin kali ini penyokong mereka akan lakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan sedia ada. Mungkin berbaring atas jalan, lebih advance lagi, berguling-guling atas jalan sambil melaungkan "Bubar DUN". Mungkin inilah strategi pembangkang Perak yang makin terdesak.

Wallahualam.

Tuesday, March 31, 2009

Rapatkan saf menentang gelombang kafirin

Mungkin perbualan hangat yang bakal timbul dialam siber adalah mengenai aweks/gf Nizar. Betul atau tidak, isu itu saya tak sentuh.

nizar_namrud

Perkara penting yang ingin saya sentuh kali ini ialah PERPADUAN Melayu yang sekarang lebih jelas nampak perkembangannya. Apabila Tun Dr Mahathir naik ke pentas selepas DS Najib selesai berucap adalah signifikan kepada penyatuan orang-orang Melayu amnya (termasuk mereka yang menyokong PAS) dan UMNO khususnya. Gelombang penyatuan ini perlu dibawa di Bukit Gantang untuk menentang gelombang kafir harbi DAP yang meletakkan calon pilihan mereka (Nizar) untuk kerusi P.059 ini.

Orang-orang Melayu di Bukit Gantang perlu meresapi jiwa Panglima Bukit Gantang yang berjuang demi masa depan bangsa dan mempertahankan agama & tanah air. Orang-orang Melayu di Bukit Gantang perlu sedar dibelakang Nizar adalah DAP yang jelas menentang Islam. Jangan terpedaya dengan alunan ayat Al-Quran yang didendangkan oleh kafir harbi Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Tidakkah anda sekalian lupa mengenai peringatan daripada Allah:

Surah Ali Imran

Sedarlah wahai pengundi-pengundi Melayu di Bukit Gantang, gerakan kafir perlu dipatahkan di Bukit Gantang. Nizar perlu diselamatkan dengan cara tidak mengundinya.

Perpaduan orang Melayu di Bukit Gantang untuk mengundi BN adalah penting untuk meneruskan arus penyatuan orang-orang Melayu di seluruh negara.

Allahuakbar!!!

Monday, March 23, 2009

Wajarkah Nizar Menjadi Calon P.059?

1. Setelah pemergian mengejut wakil rakyat Bukit Gantang daripada PAS, DAP telah mencadangkan Nizar untuk menjadi calon bertanding di Bukit Gantang.

2. Namun, ia ditentang dan tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Nik Aziz mengatakan Nizar tidak boleh melakukan 2 kerja pada masa yang sama iaitu menjadi "Menteri Besar" dan juga wakil Parlimen, walaupun Nizar bukan lagi MB Perak.

nizar

3. Sekarang Nizar telah pun diumumkan untuk menjadi calon P.059 Bukit Gantang. Ini bermakna cita-cita DAP untuk berkuasa dibelakang seorang Melayu yang mereka perkudakan mendapat satu langkah kehadapan.

4. Persoalannya, wajarkah Nizar menjadi calon di P.059. Sudah tentu tidak wajar, kerana memenangkan Nizar akan memenangkan DAP yang terang-terangan menolak Islam dan menghina Islam.

5. Pengundi di Bukit Gantang, terutamanya Melayu, perlu menolak Nizar bulat-bulat supaya pergerakan DAP untuk mencapai cita-cita mereka dilumpuhkan.

roket_patah

6. Malah pencalonan Nizar juga menjadi tanda tanya, adakah DAP telah berjaya 'mencengkam dan menjerut leher' PAS? Ini kerana ada lagi beberapa pemimpin PAS yang lebih sesuai dijadikan calon untuk Bukit Gantang namun akhirnya pilihan hati DAP iaitu Nizar akhirnya yang menjadi calon.

7. Kepada pengundi Bukit Gantang, buatlah pilihan yang tepat dan dapat memberi kepentingan kepada Islam dan orang Melayu. Jangan risau, tak undi PAS tak bermakna tak masuk syurga, kerana syurga neraka adalah ketentuan daripada Allah semata-mata, bukannya ketentuan daripada pemimpin DAP+PKR+PAS.

- Pak Agenda.

Tuesday, March 10, 2009

Kerajaan Campuran Pilihan Rakyat - Malaysiakini

Monday, March 9, 2009

Pokok demokrasi perlu dicabut - Malaysiakini

Umum sudah tahu pemimpin bekas kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS (DAP majoriti BESAR), menanam lagi 5 'pokok demokrasi' berdekatan Bangunan SUK Perak. Pendapat saya, elok dicabut sahaja pokok tu sebelum jadi bahan sembahan orang bukan Islam. Fikirkanlah kesannya kepada orang Melayu pula bila mereka melihat dengan penuh semangat kepada pokok tersebut lalu menyatakan harapan kepada pokok tersebut. Perkara ini mungkin boleh terjadi, mungkin (dengan harapan saya ia tidak mungkin terjadi kepada orang Melayu yang menyembah Allah). Namun jika ia menjadi bahan sembahan orang bukan Islam, pemimpin Melayu yang turut serta menanam pokok tersebut bakal menerima 'saham' juga. Elok dicabut pokok yang belum membesar tu.

Wednesday, June 25, 2008

Sultan Perak bertitah - updated

Jangan cabar Islam - Sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat – Sultan Azlan

Oleh ZAINI RABAN

IPOH 24 Jun – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya jangan menguji dan mencabar isu-isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan rakyat.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah Sultan Azlan ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini.

Komen saya: Jelas dan terang Sultan Perak menegakkan keutamaan agama Islam serta umatnya (yang Melayu Islam terutamanya) dan menjelaskan bahawa rakyat bukan Islam perlu menghormati agama rasmi Malaysia dan sebaliknya. Titah baginda selari dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu Islam agama bagi Malaysia dan juga kedudukan baginda sebagai ketua agama.

Perak diperintah kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila ketiga-tiga parti itu menguasai 31 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil dalam DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

Sultan Azlan bertitah, agama Islam diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama dalam pembentukan minda serta budaya khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Titah baginda, berdasarkan latar belakang tersebut, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan sewaktu perjanjian merdeka dirintis.

Komen saya: Sultan Azlan telah menekankan perkara dalam Perlembagaan tetapi mengapa masih lagi ramai, jika bukan semua, Melayu yang masih lagi alpa. Malah bersekongkol dengan harbi.

Justeru, baginda bertitah, masjid dan surau yang merupakan rumah suci Allah juga hendaklah bebas daripada pengaruh mana-mana fahaman politik kepartian.

“Demi menjamin perpaduan ummah, beta sama sekali tidak membenarkan masjid dan surau dijadikan pentas untuk menjalankan kempen-kempen politik kepartian,’’ tegas baginda.

Komen saya: Apa yang saya ingin katakan mungkin anda percaya atau tidak percaya, tetapi kebenaran berlaku di depan mata saya. Masih ada lagi Imam yang menyuntik doktrin menolak Pak Lah dan wawasannya dengan isu minyak dan tidak menjelaskan isu itu dengan fakta. Yang hanya diutarakan adalah persoalan-persoalan negatif supaya jemaah memikirkan perkara yang negatif sahaja terhadap Pak Lah. Ketika khutbah Jumaat pula tu.

Pada masa sama, Sultan Azlan mahu kemuliaan DUN Perak dan adat sopan ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa dipelihara baik secara perkataan, perbuatan dan tingkah laku.

Tata cara dan adab berpakaian setiap wakil rakyat, titah baginda, juga hendaklah menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

‘‘Beta berharap agar persidangan pertama DUN Perak kali ini dapat berlangsung dalam suasana harmoni serta berupaya menghasilkan pandangan dan idea bernas hingga dapat dijadikan panduan kepada anggota pentadbiran kerajaan,’’ titah Sultan Azlan.

Baginda turut berharap agar kerajaan negeri yang telah diberi perkenan untuk dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat dapat mengotakan segala janji pembangunan.

Sejak merdeka pada tahun 1957, inilah kali pertama kerajaan negeri Perak tidak diperintah oleh perikatan parti UMNO, MCA dan MIC yang menjadi tunjang BN.

“Masa berkempen telah berakhir dan kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan,” titah baginda.

Menurut Sultan Perak, mengurus sebuah kerajaan memerlukan pendekatan berlainan dengan era berkempen dan segala tindakan hendaklah disandarkan kepada undang-undang dan peraturan.

Titah Baginda: ‘‘Perbuatan rasuah, diskriminasi dan salah guna kuasa tidak harus dibenarkan berlaku. Beta menyeru supaya semua pihak memiliki azam dan kesungguhan untuk memaju dan membangunkan negeri Perak.”

Ampun Tuanku

Tuesday, June 24, 2008

Sultan Perak bertitah

Isu agama jangan diuji – Sultan Perak

24/06/2008 2:09pm

IPOH 24 Jun – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya isu berkaitan agama tidak diuji dan dicabar hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara boleh tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun. – BERNAMA.

Tuesday, June 10, 2008

Bila pulak kerajaan Perak sekarang dapat "mandat" dari rakyat

Dah dikatanya Tajul Rosli tak gentleman, lepas tu dikatanya kerajaan campuran dari Perak sekarang mendapat mandat dari rakyat Perak. Betul ke? Berikut analisa ringkas dari saya dan pendapat saya. Terpulang pada anda nak terima atau tidak.

1. Siapa yang menang sebenarnya di Perak (DUN) pada PRU-12?

  BN PAS DAP PKR Bebas
DUN 28 6 18 7 0

Jadual di atas menunjukkan BN mengatasi semua parti pembangkang dengan memenangi 28 buah kerusi (UMNO 27 kerusi + MCA 1 kerusi). Jumlah kerusi DUN di Perak adalah 59 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Perak adalah sebanyak 30 kerusi. Bermakna BN kekurangan 2 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika UMNO sahaja ingin membentuk kerajaan maka mereka kekurangan 3 kerusi.

Maka dari segi matematiknya, jelas menunjukkan juga parti pembangkang tidak boleh membentuk kerajaan kerana jauh dari bilangan kerusi yang diperlukan.

Tetapi bagaimana mereka dapat memerintah? Mudah sahaja. Sekarang kerajaan campuran DAP + PKR + PAS. Maka jumlah kerusi mereka adalah sebanyak 31 kerusi. Maka terbentuklah kerajaan Perak sekarang ini yang terhasil dari keegoaan dan kegilaan PAS yang sanggup bersekongkol dengan kafir harbi kerana mahukan kuasa. Mandat rakyatkah ini? Rakyat apa? Melayu Islam? Bagi yang taksub sudah tentu mempertahankannya.

2. Sekarang kuasa pada siapa?

Setelah berjaya membuat "pakatan" semata-mata ingin memerintah, maka dengan izin Allah yang disalurkan melalui bijaksana Melayu dahulu yang telah menetapkan bahawa Menteri Besar negeri Perak perlulah seorang Melayu yang beragama Islam. Jikalau tidak sudah tentu Melayu Islam sekarang ini menerima nasib yang sama seperti di Pulau Pinang, diperintah oleh kafir harbi. Maka seronoklah penyokong-penyokong PAS kerana Menteri Besar dipilih daripada kalangan mereka walaupun bilangan kerusi mereka "ciput" sahaja.

Setelah melalui proses yang bagi saya "menyampah" kerana nak lantik MB bukan main payah kerana biadap DAP harbi kepada Sultan Perak, maka proses lantikan exco pula dilakukan. Nyatalah exco yang dipilih adalah "mandat" dari rakyat Melayu Islam dimana hanya 2 orang Melayu Islam sahaja (yang dikhuatiri perjuangannya untuk agama dan bangsa) berada di dalam barisan exco negeri Perak. Bermulalah era retorik nyata dari "Pakatan Rakyat" iaitu DAP + PKR + PAS. Kuasa pada siapa? Sudah tentu DAP kerana sesuatu perkara yang ingin diluluskan adalah melalui exco dan fikirkanlah apa yang berlaku di Selangor apabila had pembinaan rumah ibadat bukan Islam dihapuskan. Di Perak hanya tunggu masa sahaja. Mendapat "mandat"lah katakan.

3. Sayangnya PAS tidak mahu bersama UMNO

Kerusi UMNO yang dimenangi sebanyak 27 kerusi berbanding kerusi PAS sebanyak 6 kerusi (beza sebanyak 21 kerusi!) sudah tentu menunjukkan rakyat Perak masih memberi mandat kepada BN (mungkin bukan MCA kerana menang 1 sahaja). Tetapi kerusi yang dimenangi UMNO menunjukkan Melayu Islam secara majoriti yang besar masih lagi percaya kepada UMNO.

Cuba kita lihat semula majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Perak ialah 30 kerusi. Maka diantara 6 kerusi PAS, jika 3 kerusi diberi pada UMNO ataupun dikongsi bersama UMNO sudah tentu cukup untuk membentuk kerajaan Perak yang diterajui MB Melayu Islam dan barisan exco Melayu Islam. Sudah tentu Melayu Islam yang berkuasa.

Tetapi kerana keegoan dan dendam kepada UMNO dijadikan batu penghalang untuk bergabung. Malah sanggup mengatakan "lebih baik berkerjasama dengan kafir daripada berkerjasama dengan UMNO yang zalim", Ustaz Ahmad Awang, PAS. Maka dari situ sangguplah mereka bergabung dengan DAP harbi lalu mencukupkan gabungan kerusi DAP + PKR yang tidak mencecah majoriti mudah.

Inilah yang diterima UMNO setelah UMNO mencadangkan gabungan untuk membentuk kerajaan bersama-sama PAS. Malah ingin memberi MB daripada PAS dan barisan exco pun terdiri juga daripada PAS dan UMNO. Tapi kafir yang diutamakan berbanding saudara seIslam malah sebangsa. Kalau tahu zalim, tegur dan betulkan dan senaraikan perkara-perkara kezaliman kepada mahkamah untuk tindakan. Ini tidak, yang jadi mangsa tetap rakyat Perak Melayu Islam yang memberi "mandat" kepada "Pakatan Rakyat" sekarang.

---------

Sahabat sekalian, perpecahan yang berlaku antara parti-parti yang sememangnya Melayu Islam memang diratapi. Penulisan saya di atas adalah untuk membuka mata terhadap kepentingan beberapa orang yang sanggup bersekongkol dengan DAP harbi untuk membentuk kerajaan sehingga tidak memikirkan penyatuan dan kepentingan bangsa Melayu Islam di Perak, serta penulisan itu untuk menunjukkan kuasa yang DAP perolehi dan kesannya yang bakal berlaku kepada Melayu Islam di Perak. Bukan saya ingin anda menyokong UMNO atau masuk UMNO tetapi saya ingin bawa anda kepada politik bangsa Melayu Islam di Perak khususnya dan Malaysia amnya yang kita semua sedari, makin terhakis.

Maka apa tanggungjawab kita? Jangan serang bangsa lain yang tak bersalah, bukan itu yang saya inginkan kerana kita yang mengamalkan Islam secara sederhana sudah tentu menyayangi bangsa lain dan mereka berhak untuk maju di Malaysia. Jadi bagaimana kita nak "serang" mereka yang kafir harbi itu? Sudah tentu melalui penyatuan kita Melayu Islam. Negeri Perak khususnya bagi anak Perak dan Malaysia amnya kepada Melayu Islam adalah tuan tanah atau "tuan rumah" Tanah Melayu ini. Penyatuan kita untuk mendapatkan semula pemerintahan Melayu Islam yang sebenar di negeri Perak ini adalah tujuan utama yang perlu kita letakkan dalam diri kita semua.

Kita perlu berhenti dari ideologi politik kepartian sekarang kerana itulah yang menyebabkan kita berpecah. Yang utama sekarang adalah negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ideologi politik kita adalah politik bangsa, untuk mengekalkan kuasa di Perak dan Malaysia kerana kita yang perlu mentadbir negeri tanah kita sendiri.

Monday, May 12, 2008

PAS dan DAP hanyalah pakatan retorik di Perak


Bagi saya pakatan dari 2 parti pembangkang yang diikati melalui PKR yang sangat berbeza dasar dan hala tujunya tidak akan bertahan lama. Ramai penyokong2 mereka megeluarkan kata2 supaya pakatan ini diberi peluang untuk mentadbir terutamanya di negeri Perak. Bagi saya kata2 itu seolah2 harapan yang tidak akan kunjung tiba kerana saya yakin ianya hanyalah pakatan yang rapuh yang dibina atas KETAMAKAN KUASA! Mereka yang berharap itu pula hanyalah mat jenin yang tidak nampak kesulitan yang bakal berlaku dalam pakatan tersebut (Melayu lah terutamanya).

Mengapa saya berkata begini seolah2 berdoa pakatan ini tidak akan berjaya? Saya bukannya pak dukun yang boleh meramal masa hadapan tetapi saya, rakyat yang menetap di Negeri Perak ini, sudah tentu nampak akan kerapuhan yang ditunjukkan sejak ingin menubuhkan kerajaan negeri setelah PRU-12.

Mungkin ramai yang tidak ingat apabila DAP, PAS dan PKR (31 kerusi) bergabung untuk mengatasi kerusi BN (28 kerusi). Gabungan mereka itu dibuat sejurus melihat mereka boleh menubuhkan kerajaan negeri untuk memerintah. Malah DAP (18 kerusi) yang memenangi paling banyak kerusi berbanding PAS (6 kerusi) dan PKR (7 kerusi) sudah perasan yang mereka dapat melantik menteri besar di kalangan pemimpin mereka. Namun perlu diingat, mereka ini sebenarnya masih belum lagi mempunyai gabungan yang rasmi seperti BN yang ditubuhkan melalui undang2. Maka apakah mereka ini? Bagi saya hanyalah gabungan GILA KUASA.

Seterusnya ingin saya singkap sedikit kejadian apabila menteri besar Perak perlu terdiri daripada orang Melayu Islam menurut undang2 tubuh negeri Perak. Lim Kit Siang lah makhluk yang mengajak memboikot perlantikan MB Perak oleh istana Perak. Ini adalah satu penghinaan kepada insititusi raja Perak. Lupakah anda semua? Namun begitu si Lim ni jugak ada meletakkan harapan supaya MB Perak dilantik dikalangan DAP kerana ada klausa dalam perlembagaan negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik sesiapa sahaja yang baginda berkenan. Wahai orang Perak, bersyukurlah kerana Sultan kita ini bijaksana sekali. Bagi orang PAS, jangan nak perasan yang Sultan Perak pilih wakil PAS untuk jadi MB bukan kerana baginda berkenan tapi kerana kamu tu Melayu Islam.

Saya ingin berkongsi satu perkara mengenai PAS ni. Pada 9 Mei yang lepas saya mendengar khutbah Jumaat di sebuah masjid yang saya sudah tahu digunakan PAS untuk menyampaikan dakyah politik mereka. Saya tetap datang untuk bersolat di masjid tersebut kerana saya berniat ingin bersolat dan kerana mereka itu Islam. Yang bezanya hanyalah perbezaan politik. Maka seperti biasa saya ke masjid dan mendengar khutbah. Malangnya setelah mereka menguasai Perak, habis khutbah jadi medan politik. Memang ada pesanan2 berbentuk akhirat tetapi semua menjurus kepada betapa betulnya rakyat Perak memilih PAS. Walhal di Perak 6 kerusi sahaja yang PAS menang. Tetapi agenda sebenar mereka menggunakan masjid adalah untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang memang tidak kuat di Perak ini. Kome ingat orang Perak ni bodoh ke? Saya melihat disekeliling saya. Rata-rata kurang selesa dengan “khutbah” yang disampaikan oleh khatib yang kuat benor suaranye. Macam sampai nak hilang suara dia ber”khutbah”.

Khatib juga ada memberitahu mengenai Qada dan Qadar. Memang benar sesiapa yang tidak beriman kepada Qada dan Qadar terpesong akidahnya kerana ia adalah sebahagian dari Rukun Iman. Cuma yang peliknya lantang khatib ini menyuarakan agar taat kepada MB baru ini kerana sudah Qada dan Qadar memilih Nizar menjadi MB. Ok, saya setuju itu adalah Qada dan Qadar kerana sebelum perlantikan dibuat saya pun tidak tahu siapa yang bakal jadi MB Perak. Beberapa kali ditekankan supaya mentaati pemimpin ini kerana beliau Melayu, beragama Islam (pelik juga tiba2 khatib ni boleh pulak tekankan “Melayu” kerana PAS setahu saya tidak gemar memperjuangkan bangsa2 ni). Tapi kenapa tak tekankan Qada dan Qadar bahawa Pak Lah yang juga Melayu beragama Islam perlu ditaati? Pelik benor. Yang nyata dan jelas sekali di sini mereka betul2 menggunakan masjid untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Perak sehinggakan seolah2 memberi ketakutan kepada orang Perak bahawa matikah mereka dalam Islam jika tidak mentaati pemimpin dan pelbagai lagilah sehinggakan kepada pendidikan sekarang ini pun dikatanya tidak Islamik. Belajar Fizik pun Islamik juga kerana mengajar kita Law of Nature iaitu Law yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa. Ni lagi satu, siapa mereka yang menentukan seseorang itu mati dalam Islam atau tidak? Walaupun seseorang itu kuat amalannya tetapi apabila mati yang tahu tetap hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mengenai Islamik pula, pakatan mereka dengan kafir Harbi DAP tu apa dia? Islamik ke? Tak pulak mengaku Qada dan Qadar yang mereka berpakat dengan kafir Harbi untuk menjatuhkan saudara se-Islam. Jelas dan terang PHD mereka terhadap parti keris di bendera itu.

Sebenarnya saya nak sambung dengan kenyataan2 dari DAP yang menunjukkan mereka ini tidak akan sama sekali dapat membuat pakatan yang kukuh dengan PAS. Saya akan sambung di dalam entri selepas ini.

Pembaca sekalian fikir-fikirkan lah ye. Ni soal negeri Perak khususnya ye.

Sunday, May 11, 2008

Alahai....sunyinya mereka


Lupa pulak kat mereka berdua ni. Mana mereka berdua ini diketika sahabat baik mereka Karpal Singh lantang menyelar Ketua Agama Negeri Perak iaitu Sultan Azlan Shah yang mengarahkan MB Perak DS Nizar menarik balik penukaran Datuk Jamry Suri?

Oh ya. Mereka tak mahu sahabat mereka Karpal Singh kecik hati. Takpela biar raja Melayu diselar oleh kafir Harbi, ditentang oleh kafir Harbi, asalkan mereka berdua tak kecikkan hati sahabat baik mereka si Karpal Singh.

Sungguh mereka jika sayangkan Melayu dan ISLAM, kenapa berdiam diri!!!!????

Friday, May 9, 2008

Membisu atau terus terbisu?


Nizar membisu

IPOH 8 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menyatakan sebarang pendirian terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Meskipun didesak oleh para wartawan, Mohammad Nizar tetap mengelak untuk memberikan sebarang komen.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Menteri Besar menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap sikap biadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ini kerana katanya, seluruh rakyat yang menghormati institusi raja terluka dengan sikap Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah secara terbuka.

Tindakan Karpal menyanggah titah Sultan Perak menunjukkan keperibadian beliau tidak terdidik dengan sosio-budaya dan sistem berkerajaan yang diwarisi turun temurun di negara ini.

Malah, apa yang paling dikesali, katanya, Karpal mengkritik Sultan Perak yang pernah menyumbangkan jasa besar dalam perundangan negara dan disegani seluruh masyarakat.

Sementara itu, Mohammad Nizar juga memberitahu, beliau belum mendapat perkenan Sultan Perak untuk menghadap memohon ampun berhubung tindakannya yang membelakangkan baginda ketika mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP.

''Saya belum mendapat perkenan untuk menghadap baginda dan tarikhnya juga belum ditetapkan," katanya.

--------------------------------------------------------

Kenapa beliau senyap membisu? Kenapa beliau tidak komen apa2? Oh, lupa pulak. Ada orang "Roket" yang sedia menembak "Bulan" yang beliau duduki jika bersuara mengecam Karpalakhanat Singh. Oh, lagi satu, Harakah Daily pula hanya mengeluarkan cerpen pendek bertajuk " Si penderhaka yang mahu membela istana" yang sudah tentu nampak sekali ingin menyasarkan pemikiran pengikut2 "Bulan" supaya mereka tidak tertanya2 mengapa kepala2 "Bulan" tidak bersuara melawan Karpalakhanat Singh.

Malah ada juga rencana yang dikeluarkan bertajuk "Tangan ghaib di sebalik tabir istana Perak?" yang cuba menunjukkan atau menimbulkan persoalan kepada pembaca bahawa keputusan Istana Perak ada golongan "Keris" yang pengaruhi. Namun begitu si penulis "Bulan" tersebut hanya mengeluarkan persoalan tanpa jawapan. Dia ingat rakyat bodoh?

Yang jelas: Mereka pandai berdolak-dalik untuk mengelak daripada melukakan hati rakan baik "Roket" mereka. Ikatan mereka dengan harbi cuba untuk disembunyikan tetapi rakyat bijak kerana sudah terang lagi bersuluh di depan mata rakyat yang si harbi "Roket" mengecam ketua agama kita!

Tuesday, May 6, 2008

Karpal melampau


Melampau, biadab....dan pelbagai lagi cercaan yang saya ingin lontarkan terhadap kafir HARBI yang bernama KARPAL SINGH. Tiada rasa hormat langsung kepada institusi raja di Malaysia dan terbaru ini beliau menyelar tindakan Sultan Azlan Shah yang mengarahkan MB Perak menarik semula arahan menukarkan Datuk Jamry Sury dari Pengarah JAIP ke SUK negeri Perak. Pembaca sekalian boleh membaca di web Utusan dan nilai sendiri jika sayangkan Melayu (klik disini).

Friday, May 2, 2008

Gila kuasa kot suka-suka je nak belakangkan Sultan


Saya rasa agak janggal bila MB Perak, Datuk Seri Nizar mengarahkan pertukaran 24 jam kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury. Adakah MB "kesayangan" Pakatan Rakyat tu "gila kuasa", "autokratik" dan sebagainya? Saya merasakan tahukah MB Perak tu lapisan undang-undang di negeri tersebut? Atau dah jadi sengal sebab kabur mata dapat KUASA?

Tindakan beliau seperti mengundang bom ke laman rumah sendiri. Sekarang Sultan Perak dah mengarahkan semula beliau menarik balik arahan tersebut kerana sudah terang lagi bersuluh perkara mengenai hal ehwal agama di bawah Sultan. Malahan hal ehwal agama di negara Malaysia ini di bawah Agung kita. Wahai MB Perak, tak kan tak nampak kot?

Saya hendak anda semua fikirkan bersama, mengapa tanpa ada sebab kukuh (ataupun ada tapi tidak mahu memberitahu media) mengarahkan pertukaran tersebut? Siapa Raja sebenarnya ni? Konfiuslah saya (sarcasm). Ataupun exco2 "hebat" di belakang MB Perak sekarang (kafir2 HARBI tu) yang menekan beliau? Hmm?

Anda sebagai pembaca fikir-fikirkanlah. Saya memang terkilan dan sakit hati. Di bawah ada satu petikan dari Istana Perak yang saya ambil dari Utusan:

“Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu
mendapat perkenan Sultan Perak dan Raja Muda dianggap telah membelakangkan
kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang
Dipertua MAIAMP.”

Pembaca sekalian, sebagai MELAYU, fikir-fikirkanlah.