Tuesday, March 31, 2009

Rapatkan saf menentang gelombang kafirin

Mungkin perbualan hangat yang bakal timbul dialam siber adalah mengenai aweks/gf Nizar. Betul atau tidak, isu itu saya tak sentuh.

nizar_namrud

Perkara penting yang ingin saya sentuh kali ini ialah PERPADUAN Melayu yang sekarang lebih jelas nampak perkembangannya. Apabila Tun Dr Mahathir naik ke pentas selepas DS Najib selesai berucap adalah signifikan kepada penyatuan orang-orang Melayu amnya (termasuk mereka yang menyokong PAS) dan UMNO khususnya. Gelombang penyatuan ini perlu dibawa di Bukit Gantang untuk menentang gelombang kafir harbi DAP yang meletakkan calon pilihan mereka (Nizar) untuk kerusi P.059 ini.

Orang-orang Melayu di Bukit Gantang perlu meresapi jiwa Panglima Bukit Gantang yang berjuang demi masa depan bangsa dan mempertahankan agama & tanah air. Orang-orang Melayu di Bukit Gantang perlu sedar dibelakang Nizar adalah DAP yang jelas menentang Islam. Jangan terpedaya dengan alunan ayat Al-Quran yang didendangkan oleh kafir harbi Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Tidakkah anda sekalian lupa mengenai peringatan daripada Allah:

Surah Ali Imran

Sedarlah wahai pengundi-pengundi Melayu di Bukit Gantang, gerakan kafir perlu dipatahkan di Bukit Gantang. Nizar perlu diselamatkan dengan cara tidak mengundinya.

Perpaduan orang Melayu di Bukit Gantang untuk mengundi BN adalah penting untuk meneruskan arus penyatuan orang-orang Melayu di seluruh negara.

Allahuakbar!!!

Sunday, March 29, 2009

Orang tempatan Bukit Gantang mesti tolak Nizar

Sikap gedebe orang2 PAS dari luar merimaskan penduduk Bukit Gantang. Orang tempatan disini tidak buat kecoh apa-apa pun, malah ahli-ahli PAS di Bukit Gantang pun sudah tentu merasa mereka dibakulsampahkan kerana calon pilihan mereka iaitu Ustaz Idris tidak dipilih. Nizar pula dipilih, lebih2 lagi pilihan Nizar adalah pilihan DAP kafir harbi.



Orang tempatan Bukit Gantang perlu sedar memilih Nizar bermakna memilih PAS secara tersurat, namun sebenarnya memenangkan DAP secara tersirat.

Tolak Nizar, demi kepentingan agama, bangsa dan negara kerana menolak Nizar adalah menolak DAP, dan pada masa yang sama menyedarkan Nizar untuk kembali ke jalan sebenar termasuklah PAS.

Monday, March 23, 2009

Wajarkah Nizar Menjadi Calon P.059?

1. Setelah pemergian mengejut wakil rakyat Bukit Gantang daripada PAS, DAP telah mencadangkan Nizar untuk menjadi calon bertanding di Bukit Gantang.

2. Namun, ia ditentang dan tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Nik Aziz mengatakan Nizar tidak boleh melakukan 2 kerja pada masa yang sama iaitu menjadi "Menteri Besar" dan juga wakil Parlimen, walaupun Nizar bukan lagi MB Perak.

nizar

3. Sekarang Nizar telah pun diumumkan untuk menjadi calon P.059 Bukit Gantang. Ini bermakna cita-cita DAP untuk berkuasa dibelakang seorang Melayu yang mereka perkudakan mendapat satu langkah kehadapan.

4. Persoalannya, wajarkah Nizar menjadi calon di P.059. Sudah tentu tidak wajar, kerana memenangkan Nizar akan memenangkan DAP yang terang-terangan menolak Islam dan menghina Islam.

5. Pengundi di Bukit Gantang, terutamanya Melayu, perlu menolak Nizar bulat-bulat supaya pergerakan DAP untuk mencapai cita-cita mereka dilumpuhkan.

roket_patah

6. Malah pencalonan Nizar juga menjadi tanda tanya, adakah DAP telah berjaya 'mencengkam dan menjerut leher' PAS? Ini kerana ada lagi beberapa pemimpin PAS yang lebih sesuai dijadikan calon untuk Bukit Gantang namun akhirnya pilihan hati DAP iaitu Nizar akhirnya yang menjadi calon.

7. Kepada pengundi Bukit Gantang, buatlah pilihan yang tepat dan dapat memberi kepentingan kepada Islam dan orang Melayu. Jangan risau, tak undi PAS tak bermakna tak masuk syurga, kerana syurga neraka adalah ketentuan daripada Allah semata-mata, bukannya ketentuan daripada pemimpin DAP+PKR+PAS.

- Pak Agenda.

Saturday, March 21, 2009

Mahukah Melayu melihat DAP chauvinist BERKUASA?


Soalan ini saya tujukan kepada mereka yang menyokong ataupun 'menyokong' DAP+PKR+PAS. Dalam lubuk hati penyokong PAS terutamanya, jawab dengan jujur dalam hati anda, sanggupkah anda melihat DAP lebih berkuasa daripada PAS? Jawab. Jawab dengan jujur untuk diri anda sendiri. Jangan cuba untuk menipu diri anda kerana ia mungkin bakal mengundang mala petaka kepada diri sendiri, seterusnya keluarga, masyarakat dan akhirnya bangsa. Ultimatum kepada kesinambungan tadi ialah, KEHILANGAN TANAH AIR INI.

Tapi, anda fahamkah kesannya bila masih lagi menyokong PAS yang dibayangi DAP? Benarkah anda berkuasa di Parlimen bila menang di Bukit Gantang? Ah, saya lupa, DAP yang menolak Islam terang-terangan adalah kawan yang baik untuk PAS. Bukan?

Friday, March 20, 2009

Jangan sampai taksub dengan Ketuanan Rakyat


1. Ketuanan Rakyat! Begitulah propaganda pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Ketuanan Rakyat dijadikan dasar 'perjuangan' rakyat untuk menuntut hak. Hak yang bagaimana? Rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan berbeza agamanya.

2. Ketuanan Rakyat tidak lain tidak bukan adalah satu konsep demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia. Aneh bukan, Melayu juga menyokong Ketuanan Rakyat.

3. Konsep demokrasi dibelakang Ketuanan Rakyat ini sungguh 'celaka' (pinjam perkataan Karpal) kerana pemimpin perlu mengikut kehendak rakyat sepenuhnya semata-mata untuk terus berada di persada kepimpinan.

4. Rakyat di Malaysia berbeza agama. Bayangkan jika Ketuanan Rakyat kukuh di Malaysia, apa akan jadi jika bukan Islam meminta kepada pemimipin Ketuanan Rakyat kesamarataan dengan Islam? Saya yakin pemimpin begini akan menurut kehendak rakyat.

5. Proses kesamarataan ini sudah lama berlaku. Yang paling menjengkelkan ialah tuntutan IFC. Anda sebagai umat Islam sanggupkah agama Islam yang suci dipermain-mainkan? Allah bagi akal, gunakan.

6. Demokrasi berdasarkan hak dan sama rata tidak diterima di Malaysia. Keadilan tidak semestinya kesamarataan. Di Malaysia Islam adalah agama bagi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan secara bebas tanpa halangan tetapi tidak boleh berdakwah kepada umat Islam, terutamanya yang jelas orang Melayu kerana Melayu itu Islam.

7. PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP bersama perjuangkan Ketuanan Rakyat. PAS sepatutnya keluar dari 'pakatan' yang menjahanamkan niat mereka untuk membentuk negara Islam acuan mereka.

8. Islam menganjurkan perpaduan. Perpaduan umat Islam yang kuat akan mengukuhkan kedudukan agama Islam di Nusantara khususnya Malaysia. Hakikatnya Islam itu memang kukuh kerana dipelihara Allah S.W.T. Namun sebagai manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini, kita perlu menjaga agama Islam dengan cara antaranya berpadu sesama kita bersaudara agar agama Islam tidak diperkotak-katik oleh kafir.

9. PAS mempunyai pilihan untuk berpadu dengan siapa sekarang (UMNO atau DAP+PKR). Terletak pada pucuk pimpinan PAS untuk membuat keputusan. Saya doakan ia yang terbaik untuk Melayu, dan anda tentu faham impian saya.

10. Namun jika PAS masih berkerjasama dengan DAP+PKR, mereka perlu dikalahkan di Bukit Gantang. Jika PAS menang, ini bermakna Ketuanan Rakyat makin subur dan pimpinan bukan Islam a.k.a kafir harbi di dalam DAP & PKR akan makin tegak tocang mereka.

11. Jika kafir harbi kuat, tuntutan IFC yang masih belum mereka dapat laksanakan akan dilaksanakan. Ini kerana mereka akan melaksanakan 'hak' rakyat yang dituntut oleh rakyat. Fikirkan lagi sekali, di Malaysia rakyat bukan hanya bangsa Melayu, tapi termasuk kaum Cina & India, yang berbeza agama. Apa jadi jika tuntutan bukan Islam adalah untuk menguatkan kedudukan agama mereka dan sama rata seperti Islam?

12. Bagaimana pula dengan sikap pemimpin ulung DAP+PKR+PAS iaitu Anwar Ibrahim? Anda tahu jawapannya.

- Pak Agenda.

Tuesday, March 10, 2009

Kerajaan Campuran Pilihan Rakyat - Malaysiakini

Perkataan Allah jika digunakan bukan Islam

Perkataan Allah jika diberi kebenaran kepada penganut agama selain Islam mungkin boleh, dan saya yakin memang boleh menimbulkan kekeliruan yang sangat berbahaya kepada umat Islam. Sila lihat lirik lagu Allah Peduli daripada Agnes Monica, artis dari Indonesia yang juga heroin dalam drama Jelita di TV3:

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
SEBAB ALLAH YESUS KU MENGERTI

----------------------------------------------------------

Nauzubillah.

Monday, March 9, 2009

Pokok demokrasi perlu dicabut - Malaysiakini

Umum sudah tahu pemimpin bekas kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS (DAP majoriti BESAR), menanam lagi 5 'pokok demokrasi' berdekatan Bangunan SUK Perak. Pendapat saya, elok dicabut sahaja pokok tu sebelum jadi bahan sembahan orang bukan Islam. Fikirkanlah kesannya kepada orang Melayu pula bila mereka melihat dengan penuh semangat kepada pokok tersebut lalu menyatakan harapan kepada pokok tersebut. Perkara ini mungkin boleh terjadi, mungkin (dengan harapan saya ia tidak mungkin terjadi kepada orang Melayu yang menyembah Allah). Namun jika ia menjadi bahan sembahan orang bukan Islam, pemimpin Melayu yang turut serta menanam pokok tersebut bakal menerima 'saham' juga. Elok dicabut pokok yang belum membesar tu.

Friday, March 6, 2009

Raja-raja telah bersuara malah telah murka - Malaysiakini


Sultan Selangor murka

* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Utusan

Sultan Selangor telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan (1,2) mengenai perpecahan orang Melayu sekarang. Malah sekarang jelas Tuanku menyatakan kesedihannya terhadap sikap segelintir rakyat yang mempersoalkan Raja-raja dan hak Melayu. Bagi orang Melayu yang tak faham-faham lagi, Raja-raja Melayu adalah penaung atau payung kepada semua bangsa dan terutama sekali agama Islam. Bila Raja-raja sudah menyatakan kekesalan mereka mengenai perpecahan Melayu, ini bermakna kita makin kesuntukan masa. Bersatu adalah jalan penyelesaian yang penting untuk kebangkitan bangsa Melayu. Bagaimana kita nak memartabatkan Islam lebih tinggi bila Melayu hina di tanah sendiri?

Thursday, March 5, 2009

Pak Agenda Kembali


Assalamualaikum,

MasyaAllah...kali terakhir saya update blog ini pada November 2008? MasyaAllah...agak lama juga saya tak letak entri apa-apa mengenai arus politik Melayu walaupun sering mengikuti perkembangannya. Walau bagaimanapun, perjuangan untuk mengukuhkan politik Melayu dan memartabatkan Islam di Malaysia perlu diteruskan.

Martabatkan Islam. Tiada martabatkah Islam di Malaysia? Perkara 3 Perlembagaan sudah pun memaktubkan Islam itu agama bagi Persekutuan. Itu sudah cukup sebagai pengukur betapa martabatnya Islam di Malaysia? Dari segi penubuhan Malaysia sudah tentu ia adalah salah satu martabat yang tinggi diletakkan untuk Islam di negara ini dan juga menunjukkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam.

Banyak pula ayat martabat, asal jangan tersyasyul jadi murtabak sudah.

Namun, apa yang saya ingin maksudkan dengan martabatkan Islam di Malaysia ini ialah kita, KITA, kita sendiri sebagai orang Melayu/Islam, apa tindakan kita untuk memartabatkan Islam?

Disini saya ingin mencadangkan kita memartabatkan Islam melalui penyatuan ummah. Bangsa Melayu amatlah ramai di Malaysia ini. Melayu itu pula adalah Islam. Alangkah indahya jika bangsa Melayu ini dapatlah bersatu-padu. Bila Melayu bersatu, kuatlah Islam. Bila Melayu berpecah, lihatlah sekarang. Hinggakan yang kafir sanggup berlawan di mahkamah untuk menuntut penggunaan perkataan Allah. Bagi kita orang Melayu, permintaan mereka perlu ditolak bulat-bulat, bujur-bujur, petak-petak, dengan kata lain, bantah biar sampai berdarah! Bagi kita orang Melayu, Allah bukan sekadar perkataan atau translation 'Tuhan', tapi Allah adalah Yang Maha Satu, yang disembah, tidak ada lain yang disembah melainkan Allah semata-mata.

Kembali semula kepada penyatuan ummah. Mudahnya berkata untuk bersatu, tapi payahnya nak bersatu apabila jatidiri Melayu itu tidak difahami dan diperhalusi. Sekali lagi saya ingatkan, Melayu itu Islam. Itulah jatidiri orang Melayu, perlu berlandaskan Islam. Saya mungkin tidak mampu untuk membawa seruan bersatu kepada berjuta Melayu di Malaysia, tapi virtually, saya mampu lakukannya di blog ini dan akan menyebarkan kepada bloggers yang lain, yang saya yakin, bahawa mereka juga akan mengajak untuk melakukan perkara yang sama, BERSATU.

Marilah kita bersatu untuk meninggikan lagi martabat Islam di Malaysia. InsyaAllah.

p/s: Pesanan ini juga ditujukan kepada diri saya. InsyaAllah.