Assalamualaikum,
MasyaAllah...kali terakhir saya update blog ini pada November 2008? MasyaAllah...agak lama juga saya tak letak entri apa-apa mengenai arus politik Melayu walaupun sering mengikuti perkembangannya. Walau bagaimanapun, perjuangan untuk mengukuhkan politik Melayu dan memartabatkan Islam di Malaysia perlu diteruskan.
Martabatkan Islam. Tiada martabatkah Islam di Malaysia? Perkara 3 Perlembagaan sudah pun memaktubkan Islam itu agama bagi Persekutuan. Itu sudah cukup sebagai pengukur betapa martabatnya Islam di Malaysia? Dari segi penubuhan Malaysia sudah tentu ia adalah salah satu martabat yang tinggi diletakkan untuk Islam di negara ini dan juga menunjukkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam.
Banyak pula ayat martabat, asal jangan tersyasyul jadi murtabak sudah.
Namun, apa yang saya ingin maksudkan dengan martabatkan Islam di Malaysia ini ialah kita, KITA, kita sendiri sebagai orang Melayu/Islam, apa tindakan kita untuk memartabatkan Islam?
Disini saya ingin mencadangkan kita memartabatkan Islam melalui penyatuan ummah. Bangsa Melayu amatlah ramai di Malaysia ini. Melayu itu pula adalah Islam. Alangkah indahya jika bangsa Melayu ini dapatlah bersatu-padu. Bila Melayu bersatu, kuatlah Islam. Bila Melayu berpecah, lihatlah sekarang. Hinggakan yang kafir sanggup berlawan di mahkamah untuk menuntut penggunaan perkataan Allah. Bagi kita orang Melayu, permintaan mereka perlu ditolak bulat-bulat, bujur-bujur, petak-petak, dengan kata lain, bantah biar sampai berdarah! Bagi kita orang Melayu, Allah bukan sekadar perkataan atau translation 'Tuhan', tapi Allah adalah Yang Maha Satu, yang disembah, tidak ada lain yang disembah melainkan Allah semata-mata.
Kembali semula kepada penyatuan ummah. Mudahnya berkata untuk bersatu, tapi payahnya nak bersatu apabila jatidiri Melayu itu tidak difahami dan diperhalusi. Sekali lagi saya ingatkan, Melayu itu Islam. Itulah jatidiri orang Melayu, perlu berlandaskan Islam. Saya mungkin tidak mampu untuk membawa seruan bersatu kepada berjuta Melayu di Malaysia, tapi virtually, saya mampu lakukannya di blog ini dan akan menyebarkan kepada bloggers yang lain, yang saya yakin, bahawa mereka juga akan mengajak untuk melakukan perkara yang sama, BERSATU.
Marilah kita bersatu untuk meninggikan lagi martabat Islam di Malaysia. InsyaAllah.
p/s: Pesanan ini juga ditujukan kepada diri saya. InsyaAllah.
Thursday, March 5, 2009
Pak Agenda Kembali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment