Friday, March 20, 2009

Jangan sampai taksub dengan Ketuanan Rakyat


1. Ketuanan Rakyat! Begitulah propaganda pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Ketuanan Rakyat dijadikan dasar 'perjuangan' rakyat untuk menuntut hak. Hak yang bagaimana? Rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan berbeza agamanya.

2. Ketuanan Rakyat tidak lain tidak bukan adalah satu konsep demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia. Aneh bukan, Melayu juga menyokong Ketuanan Rakyat.

3. Konsep demokrasi dibelakang Ketuanan Rakyat ini sungguh 'celaka' (pinjam perkataan Karpal) kerana pemimpin perlu mengikut kehendak rakyat sepenuhnya semata-mata untuk terus berada di persada kepimpinan.

4. Rakyat di Malaysia berbeza agama. Bayangkan jika Ketuanan Rakyat kukuh di Malaysia, apa akan jadi jika bukan Islam meminta kepada pemimipin Ketuanan Rakyat kesamarataan dengan Islam? Saya yakin pemimpin begini akan menurut kehendak rakyat.

5. Proses kesamarataan ini sudah lama berlaku. Yang paling menjengkelkan ialah tuntutan IFC. Anda sebagai umat Islam sanggupkah agama Islam yang suci dipermain-mainkan? Allah bagi akal, gunakan.

6. Demokrasi berdasarkan hak dan sama rata tidak diterima di Malaysia. Keadilan tidak semestinya kesamarataan. Di Malaysia Islam adalah agama bagi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan secara bebas tanpa halangan tetapi tidak boleh berdakwah kepada umat Islam, terutamanya yang jelas orang Melayu kerana Melayu itu Islam.

7. PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP bersama perjuangkan Ketuanan Rakyat. PAS sepatutnya keluar dari 'pakatan' yang menjahanamkan niat mereka untuk membentuk negara Islam acuan mereka.

8. Islam menganjurkan perpaduan. Perpaduan umat Islam yang kuat akan mengukuhkan kedudukan agama Islam di Nusantara khususnya Malaysia. Hakikatnya Islam itu memang kukuh kerana dipelihara Allah S.W.T. Namun sebagai manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini, kita perlu menjaga agama Islam dengan cara antaranya berpadu sesama kita bersaudara agar agama Islam tidak diperkotak-katik oleh kafir.

9. PAS mempunyai pilihan untuk berpadu dengan siapa sekarang (UMNO atau DAP+PKR). Terletak pada pucuk pimpinan PAS untuk membuat keputusan. Saya doakan ia yang terbaik untuk Melayu, dan anda tentu faham impian saya.

10. Namun jika PAS masih berkerjasama dengan DAP+PKR, mereka perlu dikalahkan di Bukit Gantang. Jika PAS menang, ini bermakna Ketuanan Rakyat makin subur dan pimpinan bukan Islam a.k.a kafir harbi di dalam DAP & PKR akan makin tegak tocang mereka.

11. Jika kafir harbi kuat, tuntutan IFC yang masih belum mereka dapat laksanakan akan dilaksanakan. Ini kerana mereka akan melaksanakan 'hak' rakyat yang dituntut oleh rakyat. Fikirkan lagi sekali, di Malaysia rakyat bukan hanya bangsa Melayu, tapi termasuk kaum Cina & India, yang berbeza agama. Apa jadi jika tuntutan bukan Islam adalah untuk menguatkan kedudukan agama mereka dan sama rata seperti Islam?

12. Bagaimana pula dengan sikap pemimpin ulung DAP+PKR+PAS iaitu Anwar Ibrahim? Anda tahu jawapannya.

- Pak Agenda.

12 comments:

ONE said...

rencana yang cukup menarik..
saya sokong,,,

Anonymous said...

SALAM PA
PSL DH TERLALU TAKSUB LA DIORANG NI SUSAH NK TERIMA FAKTA. ANWAR DH PERKUDAKN ORG2 BWHAN DIA DGN MUDAH SEKALI. X DPT NK FIKIR DGN SENDIRINYA. APA YG DTG BEGOLEK DR ANWAR DITELAN BULAT2. HAI APA LAH NASIB!!

gotahlantun said...

AKAN EDEN PASTIKAN PERKARA INI TAK KAN BERLAKU DI TANAH MALAYA...

BURUK AKIBATNYA NANTI..

Jeepers Creepers said...

UMNO lemah disebabkan oleh orang dalamnya sendiri. Kalau orang UMNO tidak rasuah, mustahil PR boleh menang walaupun turun sepuluh anwar sekalipun.

golokperak said...

MCA: Malaysia is a secular state
17 Mar 09 : 2.00PM
By Gan Ping Sieu
editor@thenutgraph.comeditor@thenutgraph.com

AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."

I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear.

Historical documents

The MCA is of the position that Malaysia is nothing but a secular state. This is evidenced from the following historical accounts and the subsequent debates when the Federal Constitution was drafted:

The Alliance Memorandum submitted to the Reid Constitution Commission on 27 Sept 1956 clearly stated that "the religion of Malaya shall be Islam ... and shall not imply that the state is not a secular state."

When the Working Party, comprising the Alliance and the rulers' representatives and the High Commissioner, met on 22 Feb 1957 to review the Reid Commission draft on the possibility of the provision on religion being misinterpreted, the Alliance and Umno chief Tunku Abdul Rahman assured the Working Party that "the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular state."

At the London Constitutional talks in May 1957, the Colonial Office did not object to the inclusion of an official religion after being assured by the Alliance leaders that they "had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state."

On behalf of the Alliance, (later Tun) Tan Siew Sin told the federal legislature that the inclusion of the official religion "... does not in any way derogate from the principle, which has always been accepted, that Malaya will be a secular state and that there would be complete freedom to practise any other religion."

A year after Independence, on 1 May 1958, then Prime Minister Tunku Abdul Rahman clarified in the Legislative Council that "I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood. We merely provide that Islam shall be the official religion of the state."


Judicial recognition

The above position has received judicial recognition. Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term "Islam" in Article 3(1) of the Federal Constitution meant "only such acts as relate to rituals and ceremonies... the law in this country is ... secular law."

The former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim also wrote that Islam was made the official religion primarily for ceremonial purposes, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions, such as the installation or birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.

Constitution law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi and prominent legal scholar, the late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, also shared the above observations.

The MCA is of the position that the guiding principles for public administration in our beloved multiracial country shall always adhere to universal values of equality, justice, fairness, transparency, mutual respect, the rule of law, etc., which transcends all religions.


Gan Ping Sieu
MCA Spokesperson and Head of MCA Political Education Bureau

Anonymous said...

CYBERCDO Setuju dgn pandangan Pan Agenda tu. Inilah pentingnya kita yang menetahui perkara ini untuk di sebarkan dimasyarat umum...

Satu lagi..Pak siapa golok perak tu. dia ada anta komen yang serupa di blog saya, dan juag beberpa blog yg lain....apa motifnya, CYBERCDO nak tahu sangat.....

Pak Agenda said...

One,
Kalau boleh sebarkan. Panjang lagi yang boleh diulas dgn Ketuanan Rakyat tu.

Jeffry,
Tu yg jadi problem tu. Dah mental block dah pendokong Ketuanan rakyat. apa yg mampu kita buat ialah teruskan menyampaikan perkara yg kita yakin benar dan harap mereka berubah terutamanya Melayu.

gotahlantun,
Tanggungjawab kita memastikan ia tidak berlaku, walaupun hakikatnya ia sedang berlaku. Akhir zaman...
Teruskan berjuang.

YB Raz Gothic,
Memang ada benarnya. Namun dalam UMNO masih ada pemimpin yang berwibawa dan bersih. kita sbg yg menyokong perlu bantu mereka yang boleh memimpin. yg byk merasuah tu pun hasil politik wang yg dipelopori Bro Anwar Bin Ibrahim.

golokperak,
thanx krn kongsi info. namun sy tak bacanya kerana copy paste article tidak mmbantu anda kembangkan perbincangan. harap anda dpt cari asas anda sendiri untuk menulis.

cybercdo,
Ya, kita perlu sebarkan kpd msyrakt umum. mengenai sdr golokperak, mungkin dia blogger baru berdasarkan blognya yang baru 2 posting. Saya rasa elok cybercdo ke blognya utk menilai sendri pemikiran dan niat golokperak.

Tq.

golokperak said...

memanglah copy paste tapi apa pandangan saudara tentang hal ini.Kebanyakanya tiada respon langsung

Pak Agenda said...

Golokperak,
baiklah. sy hormati permintaan golokperak sbb artikel yg copy paste tak disertakan untuk minta pandangan saya so sy tak tau golokperak mahukan pandangan seseorang. saya cuba bagi pandangan saya.

"AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."

I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear."

Pertama sekali, golokperak harus jelas jika interest bukan Melayu tergugat, mereka akan bersatu tanpa peduli dari parti apa (MCA/Gerakan/DAP). Jika jelas begitu, baru boleh baca seterusnya.

Negara ini negara Islam kerana Islam adlh agama BAGI Persekutuan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Bkn agama RASMI. Perkara ini yg bukan Islam, tidak kira MCA/DAP tidak mahukan krn mereka masih bercita-cita utk memerintah negara ini secara total. Jadi mereka mengambil pandangan2 BEBERAPA Melayu (yang berjawatan dahsyat pulak tu) yg anggap negara ini adlh sekular (Tun Salleh Abas) dan mereka mempertahankannya smp sekarang. Malah kenyataan Tunku pun mereka pertahankan. Mengenai kenyataan Tunku, itu adalah kenyataan berdasarkan observation Tunku, pada masa itu. Golok kena byk baca sejarah bagaimana Melayu pada zaman Tunku.

Tapi golok, kenapa Melayu yg berjawatan tinggi yg mengatakan Malaysia adalah negara Islam, iaitu PM kita sendiri tapi mengapa bukan Islam, lebih tepat lagi pemimpin bukan Islam tidak mahu menerimanya dan hny mempertahankan statement beberapa pemimpin dan tokoh lain bhw Malaysia negara sekular? Jelas ini krn perbezaan persepsi bukan Islam yang mahukan Malaysia sebagai negara sekular. Adakah mereka merasakan tidak selamat duduk dibawah pemerintahan negara Islam? Jelas skang PM & TPM dan majoriti kabinet adalah Melayu, iaitu ISLAM. Ultimatum impian mereka ialah PM, TPM, Kabinet hatta MB sekalipun mahu mereka sapu. Itu apa yang DAP lakukan skrg dgn mempergunakan PAS.

Apa yang penting bagi saya ialah mempertahankan perlembagaan Malaysia, itu tanggungjawab kita orang Melayu/Islam, bukannya mempertahankan persepsi orang lain. Hakikatnya kita perlu mempertahankan Islam tidak kira dimana kita berada.

Ini sekadar pandangan saya, ringkas. Dan mengapa saya mengatakan negara ini negara Islam krn dalam perlembagaan (ini adalah fakta):

Perkara 3 - Islam agama bagi Persekutuan.
Perkara 121 (1A) - Kuasa Mahkamah Syariah lebih tinggi daripada mana2 mahkamah di Malaysia (pd hemat saya, yang ni rata-rata ramai rakyat Malaysia tak tahu).

Wallahualam.

Anonymous said...

Ketuanan rakyat lebih bagus daripada ketuanan UMNO! jangan taksub kepada racism dan extremism. Rakyat Malaysia adakah multiracial...perlulah mementingkan kebajikan, ekonomi, pendidikan, dan pembangunan. bukan taksub dengan ketuanan melayu kah cina. rakyat as a whole dude. open ur narrow minded mind

golokperak said...

Perkara 3 - Islam agama bagi Persekutuan.
Perkara 121 (1A) - Kuasa Mahkamah Syariah lebih tinggi daripada mana2 mahkamah di Malaysia (pd hemat saya, yang ni rata-rata ramai rakyat Malaysia tak tahu).
Di mana boleh di rujuk perkara ini?

Bukan mempertahankankan persepsi bangsa lain .Tapi mereka mereka mempunyai fakta yang jelas. MCA DAP GERAKAN MIC DAN parti konponen yang lain mempertahankan perlembagaan Malaysia secara demokrasi serta mengangap malaysia adalah secular state mengikut perlembagaan Malaysia.DAP menyatakan secara terang terang tentang perkara ini dan bersesuaian semangat Demokratik mereka tapi bagai mana dengan parti konponen yang lain yang bersembunyi didalam selimut BN tapi mempunyai hasrat yang sama.Rakyat difahamkan DAP anti islam ,dan memang itulah mereka tapi bagaimana dengan yang lain lain ,mereka masih menjadi musuh dalam selimut dan di pertahankan oleh kerajaan.Apa beza yang berterus terang dengan yang bersembunyi tapi masih mengekalkan maksud yang sama dan mengunakan umno mempertahankan mereka.Hal ini membuat orang ramai keliru ,Mereka hanya tahu Malaysia negara islam tapi tiada fakta yg jelas.

Pak Agenda said...

Golokperak,
1. "Perkara 3 - Islam agama bagi Persekutuan.
Perkara 121 (1A) - Kuasa Mahkamah Syariah lebih tinggi daripada mana2 mahkamah di Malaysia (pd hemat saya, yang ni rata-rata ramai rakyat Malaysia tak tahu).
Di mana boleh di rujuk perkara ini?"

- Rujuk Perlembagaan Malaysia. Boleh beli di MPH dengan harga RM10 sahaja.

2. "Bukan mempertahankankan persepsi bangsa lain .Tapi mereka mereka mempunyai fakta yang jelas. MCA DAP GERAKAN MIC DAN parti konponen yang lain mempertahankan perlembagaan Malaysia secara demokrasi serta mengangap malaysia adalah secular state mengikut perlembagaan Malaysia."

- 'mengangap malaysia adalah secular state mengikut perlembagaan Malaysia'; bahagian mana dalam perlembagaan yang mereka rujuk negara ini adalah sekular? jelas saya ada fakta yg lagi tepat iaitu Perkara 3 dan Perkara 121(1A), dan itu sebahagiannya, ada lagi. cukup dgn 2 Perkara tersebut yg perlu orang Islam pertahankan dan AMBIL TAHU. kalau boleh minta golokperak bagitau rakan2 sekitar dan lebih elok beli juga buku perlembagaan. kita sbg rakyat ada tanggungjwab utk amik tau. sy harap golokperak faham. itulah sebabnya sy mengatakan pemimpin bukan Melayu teruskan dgn mengelirukan rakyat yg tak tahu Perkara yg penting itu.

- mengenai UMNO, sy bukan ahli UMNO, malah bukan juga ahli PAS,PKR, sekadar memberitahu. dan apabila saya menjana pemikiran saya untuk menulis, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memberi kefahaman mengenai kepentingan Islam dan Melayu. Mengenai persoalan 'musuh dalam selimut' di dalam BN, golok kene faham BN adalah satu parti yg nakhodanya adalah UMNO iaitu Melayu/Islam. BN adalah parti yang ada persefahaman dan wujud perlembagaan mereka tak seperti DAP+PKR+PAS. UMNO bg sy bukan mempertahankan kenyataan2 pemimpin komponen kerana selagi UMNO kuat, komponen BN akan menurut walaupun mereka membuat kenyataan yg tak sedap didengar. Cuma apa yg terjadi skang adalah kekuatan yg dimiliki DAP yg didokong orang2 Melayu yg tak faham atau tak nampak atau info tak sampai kpd mereka. Itu pandangan saya yg bukan ahli UMNO, cuma sy mmg pro kepada BN.

Tapi suka saya cadangkan kepada golok untuk merujuk posting dari PerakBangkit untuk memahami apa itu BN. [klik sini].

Wallahualam.