Saya nak 'terbang' sebentar ke Penanti, walaupun UMNO tidak bertanding PRK di sana kerana tidak mahu menjadi parti yang tidak berpendirian seperti PKR yang suka-suka hati meletak jawatan untuk 'menyambung pelajaran'.
Saya tergelak membaca laporan Utusan Malaysia mengenai Pemuda PKR membuat laporan polis mendakwa UMNO cuba 'menyelit' untuk berceramah bertujuan menggangu kempen PKR. Dakwaan Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa bahawa UMNO cuba mengganggu ketenangan dan proses pilihanraya hanyalah berdasarkan kain rentang yang terdapat di hadapan Dewan Guar Perahu. Maka itu menunjukkan UMNO cuba mengganggu ketenangan proses pilihanraya. Sadis. Mengapa tidak merakam ceramah dan siapa penceramahnya lalu ditunjukkan kepada polis sebagai bukti? Ataupun sebenarnya kain rentang tersebut dibuat oleh PKR sendiri supaya dapat bikin sensasi di Penanti?
Bagi saya, PKR tidak senang dengan ketenangan yang ada. Mereka mahukan riuh rendah dan provokasi yang melampau supaya dapat menghentam kerajaan dengan sepuas-puasnya dan menunjukkan merekalah hero. PKR adalah Parti Kacau Rakyat sahaja. Jiwa kacau. Maka keadaan hambar di Penanti menjadikan mereka lebih jiwa kacau kerana kebijaksaan Perdana Menteri untuk tidak menyertai PRK tersebut.
Sadis sungguh PKR.