Saturday, May 16, 2009

Penyelamat

1. Saya gusar dengan keadaan politik semasa di Perak, gusar kerana jikalau kekecohan berlaku dan mengganggu kehidupan rakyat Perak serta perjalanan pentadbiran dan ekonomi negeri tersebut.

2. Siapakah pula bakal penyelamat negeri Perak? Adakah rakyat Perak akan menjadi penyelamat dengan menjalani proses pilihanraya semula dan memilih parti mana yang akan berkuasa?

3. Ataupun kedua-dua belah pihak akhirnya akur dengan perintah mahkamah, dimana saya lihat hanya akan berlaku sorong papan tarik papan, apabila satu pihak menang, satu pihak lagi membuat rayuan (walhal bagi saya DS Dr Zambry adalah MB yang sah).

4. Namun saya lebih gusar dengan penyakit yang menyerang dunia. Selsema babi atau Influenza A atau H1N1.

5. Jelas sekali penyakit ini adalah penyakit akhir zaman, di samping penyakit fitnah yang menular di dalam masyarakat kita.

6. Siapakah pula bakal penyelamat manusia?

7. Akhir zaman makin dekat, cuma kita tidak tahu bila.

8. Sebagai umat Islam, kita sudah maklum bahawa penyelamat umat manusia ialah Al-Mahdi.

9. Saya memang tidak pasti dan tidak tahu bilakah Al-Mahdi akan muncul walaupun telah banyak tanda-tanda kiamat jelas berlaku. (sudah tentu Allah Maha Mengetahui bila penyelamat manusia akan muncul).

10. Cuma kita sendiri, sudah cukupkah ilmu kita untuk mengenali penyelamat manusia (Al-Mahdi) jika muncul semasa zaman kita ini? Ini yang lebih saya risaukan.

11. Kita, termasuk diri saya, perlu sedar dengan perkembangan dunia kini dan bersiapkan diri dengan ilmu dan amal agar kita dapat mengenal penyelamat kita, jika Al-Mahdi muncul semasa hayat kita masih ada.

Telah bersediakah kita untuk hari esok?

Moga kita semua dipelihara dari jangkitan H1N1 dan moga mereka yang telah dijangkiti di Malaysia ini sembuh dan dipanjangkan umur.

0 comments: