Ulama tetap perlu memimpin Pas
04/06/2009 2:37pm
SHAH ALAM 4 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Pas bukan parti yang memerintah negara, tetapi realiti politik semasa memerlukan Pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.
Katanya, beliau menekankan soal itu kerana terdapat segolongan kecil daripada penyokong Pas yang cuba memperkecilkan dan menidakkan sumbangan golongan itu dalam memajukan parti tersebut.
``Yang lebih malang mereka menggunakan teknologi canggih seperti ruangan blog, facebook, list group dan media elektronik lain untuk memburukkan peribadi, menyerang ulama, atas nama kebebasan yang melulu tanpa batasan akhlak dan syarak,'' katanya dalam ucaptama di majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, hari ini. - Utusan
Dewan Ulama PAS nampaknya sedar bahawa PAS sedang mengalami satu transformasi yang bahaya kerana mereka inginkan golongan ulama menerajui PAS agar meneruskan pergerakan berdasarkan kehendak Islam. Secara jelas menunjukkan terdapat usaha untuk menidakkan kepimpinan ulama oleh golongan-golongan tertentu di dalam PAS dan juga menunjukkan transformasi PAS yang melihatkan pemimpin berebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut.
Datuk Mohamed Daud Iraqi juga jelas kesal dengan penyokongnya yang buta hati kerana menggunakan alam siber untuk menghentam ulama demi menaikkan pemimpin yang mereka kehendaki. Inilah transformasi 'demokrasi' yang dialami PAS dan diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS tersebut apabila mengatakan penyokongnya yang menyerang ulama berselindung di sebalik 'atas nama kebebasan'. Kebebasan yang dilaungkan berlandaskan demokrasi ala Amerika memang tidak diterima di Malaysia. Namun, itulah yang berlaku di Malaysia dan PAS juga tidak terkecuali.

1 comments:
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇
Post a Comment