Monday, May 12, 2008

PAS dan DAP hanyalah pakatan retorik di Perak


Bagi saya pakatan dari 2 parti pembangkang yang diikati melalui PKR yang sangat berbeza dasar dan hala tujunya tidak akan bertahan lama. Ramai penyokong2 mereka megeluarkan kata2 supaya pakatan ini diberi peluang untuk mentadbir terutamanya di negeri Perak. Bagi saya kata2 itu seolah2 harapan yang tidak akan kunjung tiba kerana saya yakin ianya hanyalah pakatan yang rapuh yang dibina atas KETAMAKAN KUASA! Mereka yang berharap itu pula hanyalah mat jenin yang tidak nampak kesulitan yang bakal berlaku dalam pakatan tersebut (Melayu lah terutamanya).

Mengapa saya berkata begini seolah2 berdoa pakatan ini tidak akan berjaya? Saya bukannya pak dukun yang boleh meramal masa hadapan tetapi saya, rakyat yang menetap di Negeri Perak ini, sudah tentu nampak akan kerapuhan yang ditunjukkan sejak ingin menubuhkan kerajaan negeri setelah PRU-12.

Mungkin ramai yang tidak ingat apabila DAP, PAS dan PKR (31 kerusi) bergabung untuk mengatasi kerusi BN (28 kerusi). Gabungan mereka itu dibuat sejurus melihat mereka boleh menubuhkan kerajaan negeri untuk memerintah. Malah DAP (18 kerusi) yang memenangi paling banyak kerusi berbanding PAS (6 kerusi) dan PKR (7 kerusi) sudah perasan yang mereka dapat melantik menteri besar di kalangan pemimpin mereka. Namun perlu diingat, mereka ini sebenarnya masih belum lagi mempunyai gabungan yang rasmi seperti BN yang ditubuhkan melalui undang2. Maka apakah mereka ini? Bagi saya hanyalah gabungan GILA KUASA.

Seterusnya ingin saya singkap sedikit kejadian apabila menteri besar Perak perlu terdiri daripada orang Melayu Islam menurut undang2 tubuh negeri Perak. Lim Kit Siang lah makhluk yang mengajak memboikot perlantikan MB Perak oleh istana Perak. Ini adalah satu penghinaan kepada insititusi raja Perak. Lupakah anda semua? Namun begitu si Lim ni jugak ada meletakkan harapan supaya MB Perak dilantik dikalangan DAP kerana ada klausa dalam perlembagaan negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik sesiapa sahaja yang baginda berkenan. Wahai orang Perak, bersyukurlah kerana Sultan kita ini bijaksana sekali. Bagi orang PAS, jangan nak perasan yang Sultan Perak pilih wakil PAS untuk jadi MB bukan kerana baginda berkenan tapi kerana kamu tu Melayu Islam.

Saya ingin berkongsi satu perkara mengenai PAS ni. Pada 9 Mei yang lepas saya mendengar khutbah Jumaat di sebuah masjid yang saya sudah tahu digunakan PAS untuk menyampaikan dakyah politik mereka. Saya tetap datang untuk bersolat di masjid tersebut kerana saya berniat ingin bersolat dan kerana mereka itu Islam. Yang bezanya hanyalah perbezaan politik. Maka seperti biasa saya ke masjid dan mendengar khutbah. Malangnya setelah mereka menguasai Perak, habis khutbah jadi medan politik. Memang ada pesanan2 berbentuk akhirat tetapi semua menjurus kepada betapa betulnya rakyat Perak memilih PAS. Walhal di Perak 6 kerusi sahaja yang PAS menang. Tetapi agenda sebenar mereka menggunakan masjid adalah untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang memang tidak kuat di Perak ini. Kome ingat orang Perak ni bodoh ke? Saya melihat disekeliling saya. Rata-rata kurang selesa dengan “khutbah” yang disampaikan oleh khatib yang kuat benor suaranye. Macam sampai nak hilang suara dia ber”khutbah”.

Khatib juga ada memberitahu mengenai Qada dan Qadar. Memang benar sesiapa yang tidak beriman kepada Qada dan Qadar terpesong akidahnya kerana ia adalah sebahagian dari Rukun Iman. Cuma yang peliknya lantang khatib ini menyuarakan agar taat kepada MB baru ini kerana sudah Qada dan Qadar memilih Nizar menjadi MB. Ok, saya setuju itu adalah Qada dan Qadar kerana sebelum perlantikan dibuat saya pun tidak tahu siapa yang bakal jadi MB Perak. Beberapa kali ditekankan supaya mentaati pemimpin ini kerana beliau Melayu, beragama Islam (pelik juga tiba2 khatib ni boleh pulak tekankan “Melayu” kerana PAS setahu saya tidak gemar memperjuangkan bangsa2 ni). Tapi kenapa tak tekankan Qada dan Qadar bahawa Pak Lah yang juga Melayu beragama Islam perlu ditaati? Pelik benor. Yang nyata dan jelas sekali di sini mereka betul2 menggunakan masjid untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Perak sehinggakan seolah2 memberi ketakutan kepada orang Perak bahawa matikah mereka dalam Islam jika tidak mentaati pemimpin dan pelbagai lagilah sehinggakan kepada pendidikan sekarang ini pun dikatanya tidak Islamik. Belajar Fizik pun Islamik juga kerana mengajar kita Law of Nature iaitu Law yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa. Ni lagi satu, siapa mereka yang menentukan seseorang itu mati dalam Islam atau tidak? Walaupun seseorang itu kuat amalannya tetapi apabila mati yang tahu tetap hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mengenai Islamik pula, pakatan mereka dengan kafir Harbi DAP tu apa dia? Islamik ke? Tak pulak mengaku Qada dan Qadar yang mereka berpakat dengan kafir Harbi untuk menjatuhkan saudara se-Islam. Jelas dan terang PHD mereka terhadap parti keris di bendera itu.

Sebenarnya saya nak sambung dengan kenyataan2 dari DAP yang menunjukkan mereka ini tidak akan sama sekali dapat membuat pakatan yang kukuh dengan PAS. Saya akan sambung di dalam entri selepas ini.

Pembaca sekalian fikir-fikirkan lah ye. Ni soal negeri Perak khususnya ye.

0 comments: