Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Apa sial Gobalakrishnan ni!? Nik Aziz pula makin nyanyuk apa!?

Elok penamaan calon bagi PRK Permatang Pasir nak tamat dengan aman, si paria ni terus buat kacau dan menampar seorang anggota polis.

Si Nik Aziz ini pulak dah dapat ‘wahyu’ ke apa bila cakap orang UMNO tak akan masuk syurga. Nik Aziz ni nabi ke?

Pelik, tapi itulah hakikat. Sekor keling nak jadi hero Tamil, sekor Melayu nak jadi nabi. Itu sikap Ulama?

Sunday, June 28, 2009

Tak nak bincang, tapi nak debat pulak

Aneh.

Itulah yang mampu saya ungkapkan dengan TG Nik Aziz yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan menyakitkan hati ramai orang Melayu.

Untuk mengelakkan isu UMNO disamakan dengan komunis diperbesarkan (walhal mereka bersekongkol dengan komunis DAP) maka di'konar baring' pula ke arah perdebatan dengan Najib. Pelik sungguh. Apabila ada peluang untuk bermuzakarah demi kebaikan umat Islam, ditolak dan ditentang habis-habisan dan akhir sekali UMNO-BN pula yang dituduh mengutarakan idea kerajaan perpaduan untuk mengucar-kacirkan PAS sedangkan yang memulakan idea tersebut adalah Presiden PAS sendiri.

Muzakarah adalah lebih baik untuk capai persetujuan bagi kebaikan dan kepentingan umat Islam.

Atau adakah debat hanya untuk melihat siapa lebih Islam daripada orang lain?

Buang masa.

Buang karen je.

Wednesday, June 17, 2009

Mungkin Kerajaan Perpaduan Adalah Diversi Anwar

Saya amat menyokong Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak kerana bersikap terbuka mengenai kerajaan perpaduan yang diketengahkan oleh PAS, walaupun segelintir pemimpin PAS termasuklah Mursyidul Amnya menentang sekeras-kerasnya idea perpaduan ini. Jelas terang lagi bersuluh siapa pemimpin yang tidak mahu orang Melayu bersatu, apatah lagi parti politik seperti PKR dan DAP yang memang mahukan Melayu berpecah-belah.

Namun saya terfikir, dibelakang Nik Aziz sudah tentu kem Erdogan yang mencucuk beliau supaya menentang idea kerajaan perpaduan hingga sanggup menyuruh Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS, supaya meletak jawatan dan menyertai UMNO kerana membuat perkara 'sampah' (perpaduan). Lebih saya telaah, saya terfikir adakah juga isu kerajaan perpaduan ini juga diversi Anwar untuk mengelakkan fokus terhadap kes liwatnya pada 1 Julai ini? Anwar seorang opportunis. Apabila Presiden dan Timbalan Presiden PAS mengutarakan idea yang murni, terus sahaja Mursyidul Am menentang idea tersebut, dengan penuh amarah pula tu. Anwar mampu sahaja menggunakan peluang perpecahan pemimpin PAS untuk mengkudakan Husam dan team Erdogan supaya mencucuk Nik Aziz agar menentang idea kerajaan perpaduan.

Ia hanyalah pandangan saya. Jika ianya benar, Anwar mungkin mampu divert isu liwatnya dan pada masa sama, menjahanamkan PAS.

Wallahualam.