Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

PAS sedar ada penyokong dah tersasar

Ulama tetap perlu memimpin Pas

04/06/2009 2:37pm

SHAH ALAM 4 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Pas bukan parti yang memerintah negara, tetapi realiti politik semasa memerlukan Pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.

iraqi Katanya, beliau menekankan soal itu kerana terdapat segolongan kecil daripada penyokong Pas yang cuba memperkecilkan dan menidakkan sumbangan golongan itu dalam memajukan parti tersebut.

``Yang lebih malang mereka menggunakan teknologi canggih seperti ruangan blog, facebook, list group dan media elektronik lain untuk memburukkan peribadi, menyerang ulama, atas nama kebebasan yang melulu tanpa batasan akhlak dan syarak,'' katanya dalam ucaptama di majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, hari ini. - Utusan

Dewan Ulama PAS nampaknya sedar bahawa PAS sedang mengalami satu transformasi yang bahaya kerana mereka inginkan golongan ulama menerajui PAS agar meneruskan pergerakan berdasarkan kehendak Islam. Secara jelas menunjukkan terdapat usaha untuk menidakkan kepimpinan ulama oleh golongan-golongan tertentu di dalam PAS dan juga menunjukkan transformasi PAS yang melihatkan pemimpin berebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut.

husam_0125 Datuk Mohamed Daud Iraqi juga jelas kesal dengan penyokongnya yang buta hati kerana menggunakan alam siber untuk menghentam ulama demi menaikkan pemimpin yang mereka kehendaki. Inilah transformasi 'demokrasi' yang dialami PAS dan diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS tersebut apabila mengatakan penyokongnya  yang menyerang ulama berselindung di sebalik 'atas nama kebebasan'. Kebebasan yang dilaungkan berlandaskan demokrasi ala Amerika memang tidak diterima di Malaysia. Namun, itulah yang berlaku di Malaysia dan PAS juga tidak terkecuali.

Friday, April 3, 2009

Tahniah DS Najib - PM Malaysia ke - 6

Alhamdulillah, perlantikan berjalan lancar. DS Najib telahpun SAH sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Moga dibawah pentadbiran beliau, Malaysia akan lebih bertambah sejahtera dan makin maju ke hadapan.

Tapi kita jangan alpa. Gerakan kafirin sentiasa kita perlu menentangnya.

Monday, March 23, 2009

Wajarkah Nizar Menjadi Calon P.059?

1. Setelah pemergian mengejut wakil rakyat Bukit Gantang daripada PAS, DAP telah mencadangkan Nizar untuk menjadi calon bertanding di Bukit Gantang.

2. Namun, ia ditentang dan tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Nik Aziz mengatakan Nizar tidak boleh melakukan 2 kerja pada masa yang sama iaitu menjadi "Menteri Besar" dan juga wakil Parlimen, walaupun Nizar bukan lagi MB Perak.

nizar

3. Sekarang Nizar telah pun diumumkan untuk menjadi calon P.059 Bukit Gantang. Ini bermakna cita-cita DAP untuk berkuasa dibelakang seorang Melayu yang mereka perkudakan mendapat satu langkah kehadapan.

4. Persoalannya, wajarkah Nizar menjadi calon di P.059. Sudah tentu tidak wajar, kerana memenangkan Nizar akan memenangkan DAP yang terang-terangan menolak Islam dan menghina Islam.

5. Pengundi di Bukit Gantang, terutamanya Melayu, perlu menolak Nizar bulat-bulat supaya pergerakan DAP untuk mencapai cita-cita mereka dilumpuhkan.

roket_patah

6. Malah pencalonan Nizar juga menjadi tanda tanya, adakah DAP telah berjaya 'mencengkam dan menjerut leher' PAS? Ini kerana ada lagi beberapa pemimpin PAS yang lebih sesuai dijadikan calon untuk Bukit Gantang namun akhirnya pilihan hati DAP iaitu Nizar akhirnya yang menjadi calon.

7. Kepada pengundi Bukit Gantang, buatlah pilihan yang tepat dan dapat memberi kepentingan kepada Islam dan orang Melayu. Jangan risau, tak undi PAS tak bermakna tak masuk syurga, kerana syurga neraka adalah ketentuan daripada Allah semata-mata, bukannya ketentuan daripada pemimpin DAP+PKR+PAS.

- Pak Agenda.

Friday, March 20, 2009

Jangan sampai taksub dengan Ketuanan Rakyat


1. Ketuanan Rakyat! Begitulah propaganda pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Ketuanan Rakyat dijadikan dasar 'perjuangan' rakyat untuk menuntut hak. Hak yang bagaimana? Rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan berbeza agamanya.

2. Ketuanan Rakyat tidak lain tidak bukan adalah satu konsep demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia. Aneh bukan, Melayu juga menyokong Ketuanan Rakyat.

3. Konsep demokrasi dibelakang Ketuanan Rakyat ini sungguh 'celaka' (pinjam perkataan Karpal) kerana pemimpin perlu mengikut kehendak rakyat sepenuhnya semata-mata untuk terus berada di persada kepimpinan.

4. Rakyat di Malaysia berbeza agama. Bayangkan jika Ketuanan Rakyat kukuh di Malaysia, apa akan jadi jika bukan Islam meminta kepada pemimipin Ketuanan Rakyat kesamarataan dengan Islam? Saya yakin pemimpin begini akan menurut kehendak rakyat.

5. Proses kesamarataan ini sudah lama berlaku. Yang paling menjengkelkan ialah tuntutan IFC. Anda sebagai umat Islam sanggupkah agama Islam yang suci dipermain-mainkan? Allah bagi akal, gunakan.

6. Demokrasi berdasarkan hak dan sama rata tidak diterima di Malaysia. Keadilan tidak semestinya kesamarataan. Di Malaysia Islam adalah agama bagi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan secara bebas tanpa halangan tetapi tidak boleh berdakwah kepada umat Islam, terutamanya yang jelas orang Melayu kerana Melayu itu Islam.

7. PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP bersama perjuangkan Ketuanan Rakyat. PAS sepatutnya keluar dari 'pakatan' yang menjahanamkan niat mereka untuk membentuk negara Islam acuan mereka.

8. Islam menganjurkan perpaduan. Perpaduan umat Islam yang kuat akan mengukuhkan kedudukan agama Islam di Nusantara khususnya Malaysia. Hakikatnya Islam itu memang kukuh kerana dipelihara Allah S.W.T. Namun sebagai manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini, kita perlu menjaga agama Islam dengan cara antaranya berpadu sesama kita bersaudara agar agama Islam tidak diperkotak-katik oleh kafir.

9. PAS mempunyai pilihan untuk berpadu dengan siapa sekarang (UMNO atau DAP+PKR). Terletak pada pucuk pimpinan PAS untuk membuat keputusan. Saya doakan ia yang terbaik untuk Melayu, dan anda tentu faham impian saya.

10. Namun jika PAS masih berkerjasama dengan DAP+PKR, mereka perlu dikalahkan di Bukit Gantang. Jika PAS menang, ini bermakna Ketuanan Rakyat makin subur dan pimpinan bukan Islam a.k.a kafir harbi di dalam DAP & PKR akan makin tegak tocang mereka.

11. Jika kafir harbi kuat, tuntutan IFC yang masih belum mereka dapat laksanakan akan dilaksanakan. Ini kerana mereka akan melaksanakan 'hak' rakyat yang dituntut oleh rakyat. Fikirkan lagi sekali, di Malaysia rakyat bukan hanya bangsa Melayu, tapi termasuk kaum Cina & India, yang berbeza agama. Apa jadi jika tuntutan bukan Islam adalah untuk menguatkan kedudukan agama mereka dan sama rata seperti Islam?

12. Bagaimana pula dengan sikap pemimpin ulung DAP+PKR+PAS iaitu Anwar Ibrahim? Anda tahu jawapannya.

- Pak Agenda.

Wednesday, November 5, 2008

Pelan Najib vs Pelan Anwar

1. PAKEJ ransangan Fiskal berjumlah 7 Billion yang diumumkan Najib di Parlimen merupakan satu lagis suntikan untuk merancakkan ekonomi negara, memastikan rakyat menerima faedahnya.


2. Ia berbeza dengan Belanjawan DS Anwar yang mahu dikurangkan bajet. Secara mudahnya, jika wang di pasaran statik dan kurang, bolehkah pusingan ekonomi bergerak lancar?


3. Berbanding Najib yang mencadangkan pemotongan KWSP direndahkan kepad 8%, menambahkan jumlah pinjaman kenderaan, memangjangkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 kepada 30 tahun, malah menyuntik RM1.5 Billion kepada FDI.


4. Anwar mencadangkan pengurangan Bajet Kewangan sebagai dasar penjimatan, berbeza dengan DS Najib yang mahukan kecairan ekonomi domestik berterusan, walaupun menghadapi kesan ekonomi global.


5. Anwar melihat pakej RM7 Billion itu sebagai pakej rasuah yang menguntungkan kroni, tetapi Najib melihat 100,00 graduate yang keluar setiap tahun perlu diberi pekerjaan, jika tidak akan memberi kesan negatif kepada negara.


6. Harga Kelapa Sawit jatuh daripada RM800 se Tan kepada RM200 se Tan. Kerajaan telah menurunkan harga baja dan racun, RM200 juta untuk penanaman semula, pengurangan stok bersama Indonesia, semuanya dibuat untuk kemudahan pekebun kecil.


7. Anwar nampaknya kena mengakui belanjawannya sudah menjadi kertas sejarah. Ekonomi perlu bergerak dan menolak teori ekonomi Anwar yang memilih penguncupan berbanding kecairan.


8. Apabila Najib bertanya dalam parlimen kepada Anwar apa yang akan jadi kepada perkerja kontrak/sambilan, kontraktor-kontraktor kecilan, dan pekedai jika Teori Penguncupan Belanjawan Anwar dilaksanakan? Anwar tidak dapat menjawab sebaliknya keluar dewan dan melemparkan tuduhannya di depan mikrofon media yang menjadi amalannya selam ini.


Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.

Blog Jentayu

Pak Agenda: Tak reti sangat bab ekonomi ni tapi teori penguncupan dak Anwar ni lebih kurang apa yang dia lakukan masa 1997/1998. Ramai yang hilang kerja, ekonomi pulak freezed. Kepada siapa-siapa yang lebih arif DAN yang mengkaji sejarah ekonomi Malaysia ni boleh la bagi penerangan ya.

Thursday, September 18, 2008

Jangan padam fakta negara

PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."

Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu.

Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?

Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?

Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.

Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."

Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.

Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.

Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta

Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.

Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.

Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.

Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.

Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.

Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.

Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.

Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Hak istimewa

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.

GENERASI MUDA REALISTIK

Shah Alam

Sumber

Sunday, July 27, 2008

Apa yang kafir harbi tidak mahu berlaku? Perpaduan umat ISLAM.

Umat Islam yang bersatu akan membentuk satu pakatan yang lebih kuat dan utuh di Malaysia ini. Apabila UMNO dan PAS berjumpa dan berbincang atas dasar kesepakatan dan perpaduan ummah, berjumpa atas dasar menguatkan bangsa Melayu, kedua-duanya dilabel 'racist' oleh kafir harbi. Perkara beginilah yang menjadi mainan kafir harbi untuk menggagalkan pertemuan antara dua parti Melayu Islam untuk bersatu-padu.

Saudara-saudaraku sekalian, kita bersatu untuk menguatkan bangsa Melayu dan seterusnya menegakkan agama suci Allah di bumi Malaysia ini, tetapi tiada langsung niat untuk mengenepikan kepentingan dan hak bangsa lain yang bukan Islam kerana agama Islam tidak mengajar kita untuk menyisihkan mereka. Tetapi awas saudara-saudaraku sekalian, awas dengan permainan dan penglabelan 'racist' oleh kafir harbi yang sememangnya tidak mahu sama sekali melihat Melayu Islam bersatu. Jangan kita dibuai oleh permainan mereka itu sehingga kita sendiri melabelkan bangsa kita 'racist'.

DAP selar PAS

Sunday, June 22, 2008

IFC - Reaksi Tuntutan Pertama

Sila rujuk Apa Itu IFC dan IFC membelakangkan Perlembagaan jika anda belum membacanya.

Baiklah, saya ingin memberi reaksi atau pendapat mengenai tuntutan pertama kafir harbi melalui IFC iaitu:

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

Begitu terang-terangan kafir harbi ini ingin "menegakkan kebebasan beragama" ataupun "human rights" walau bayi itu baru lahir. Apa hak mereka ingin menafikan hak keluarga Islam untuk mendidik bayi mereka dengan agama Islam?

Jika ini terjadi (minta dijauhkan dari betul-betul jadi), maka bapa kepada bayi tersebut tidak bolehlah melaungkan azan ke telinga anaknya yang baru lahir itu, begitu? Anda fikirkanlah bagaimana perasaan ayah bayi tersebut jika ianya berlaku.

Kita selami pula tuntutan ini dengan Melayu Islam. Sanggupkah kita benarkan tuntutan pertama ini berlaku pada kita? Saya sudah tentu tidak mahu, anda pula bagaimana? Bagaimana pula tuntutan ini dengan Perkara 160 Fasal (2) di dalam Perlembagaan Malaysia?

Perkara 160 Tafsiran di bawah Bahagian 12 Am dan Pelbagai.

Per. 160 (2) : "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan- (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

Cuba anda skrol sedikit ke atas dan baca sekali lagi tuntutan pertama IFC. Apa yang anda fikirkan apabila anda baca ""Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam"? Anda nampak kesan yang bakal berlaku jika tuntutan itu menjadi kenyataan? Saya terangkan secara ringkas, di dalam perlembagaan (undang-undang), Melayu adalah penganut agama Islam. Bermakna lahir di dalam keluarga Melayu Islam, hak penjagaan dan hak mendidik agama Islam terletak kepada keluarga Melayu Islam tersebut. Tuntutan itu pula jelas menafikan perlembagaan yang telah ditetapkan sejak dulu lagi apatah lagi ia juga akan mengikis unsur kemelayuan malah hilang arah tuju agama Islam di dalam diri orang-orang Melayu. Fikirkanlah kesannya dalam jangka masa panjang.

Sama-samalah kita mendoakan perkara ini tidak akan berlaku. Reaksi yang seterusnya akan saya utarakan pada entri yang berikutnya.

Wednesday, June 11, 2008

IFC membelakangkan Perlembagaan

Sila rujuk Apa Itu IFC jika anda belum membacanya.

Atau dengan kata lain yang lebih kasar, kurang ajar dan biadap terhadap perlembagaan (undang-undang tubuh) sebuah negara Islam, Malaysia.

Mengapa saya berkata begitu? Lihat sahaja 14 tuntutan yang mereka yang jelas dan terang tidak menghormati undang-undang yang telah ditetapkan untuk tidak mengganggu kedaulatan Islam dan umatnya di Malaysia ini, apatah lagi tuntutan mereka juga adalah jelas menghina Islam. Mereka ini tidak menghormati dan mematuhi Rukunegara ke-3 iaitu Keluhuran Perlembagaan. Apatah lagi menghormati Islam yang kita cintai.

Maka persoalannya, apa kaitan perlembagaan dengan IFC? Berikut saya terangkan.

Perlembagaan (undang-undang tubuh negeri/negara) Malaysia pada Perkara 11 Kebebasan Beragama di bawah Bahagian 2 Kebebasan Asasi.

Perkara 11 Kebebasan Beragama ini sering disalah erti atau mungkin buat-buat tak reti oleh segelintir individu atau organisasi (dalam konteks ini: IFC) demi melaksanakan agenda mereka untuk "menegakkan human rights" atau "kebebasan agama yang sebenar" atau "untuk mengelakkan salah faham antara agama". Apakah yang terdapat di dalam Per. 11 tersebut?

Per. 11 (1) : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Fasal (1) dengan jelas telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia boleh dan bebas mengamalkan agama yang mereka pilih dan juga boleh mengembangkan agama mereka. Timbul pula persoalan, bahawa agama selain Islam bolehlah berdakwah kepada orang lain termasuk umat Islam? Tidak sama sekali. Mengapa? Baca semula Fasal (1) terdapat "tertakluk kepada Fasal (4)" sebelum boleh mengembangkan/berdakwah. Maka apa dia Fasal (4) tersebut?

Per. 11 (4) : Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

MENGAWAL atau MENYEKAT apa segala bentuk atau cara atau kaedah atau pertubuhan atau apa sahaja yang mengganggu kedaulatan Islam dan umatnya yang majoriti Melayu di dalam negara ini telah ditekankan di dalam Per. 11 Fasal (4). Jelas IFC adalah badan yang cuba berselindung di sebalik "human rights" tapi tidak mahu menerima undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia.

Mengenai Fasal (2), (3) dan (5) di dalam Per. 11 tidak perlu saya sentuh dan menjadi tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia untuk membeli buku perlembagaan, hanya RM10 sahaja. Yang saya ingin tekankan dan anda fahami adalah Fasal (4) yang jelas menunjukkan untuk menjaga kedaulatan Islam di Malaysia.

Saya juga akan memberi reaksi kepada setiap tuntutan IFC di dalam entri yang berlainan. Mungkin satu tuntutan, satu entri reaksi. Ada lagi perkara-perkara di dalam Perlembagaan yang saya ingin sentuh tetapi saya akan sentuh dari masa ke semasa di dalam entri saya yang akan datang.

Buku perlembagaan rujukan saya ialah Perlembagaan Persekutuan Beserta Index diterbitkan oleh MDC Publishers Sdn Bhd. Semua pindaan sehingga Ogos 2007.

Monday, June 9, 2008

Sedih mengenangkan perpaduan Melayu

Sahabat pembaca sekalian, kita telah diasingkan dengan pelbagai ideologi yang membuat kita bercakaran sesama sendiri. Pada hemat saya perbalahan kita hanya kerana perbezaan pendapat dalam konteks agama Islam, benci-membenci antara parti politik, tuding-menuding jari menyalahkan individu-individu. Perkara ini semuanya menyebabkan kita lupa bahawa agenda sebenar bangsa Melayu Islam kita ini adalah untuk maju dan berjaya di bumi sendiri.

Perpaduan Melayu terendah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Jun – Perpaduan orang Melayu kini berada pada tahap rendah kerana mereka kini tergolong dalam pelbagai organisasi yang mempunyai pandangan dan hala tuju berbeza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keba- nyakan mereka kini lebih suka membawa haluan sendiri dan tidak memiliki hala tuju yang spesifik berbanding masyarakat Melayu terdahulu.

“Keadaan itu menyebabkan banyak organisasi di luar lingkungan kita mula melontar beberapa pandangan yang dulunya relevan tetapi kini tidak lagi relevan, umpamanya dalam soal ketuanan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Malah, katanya, sejak kebelakangan ini terdapat banyak pihak yang mula mempertikaikan hak orang Melayu dan bumiputera walaupun perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Seandainya ada pihak mempertikaikan hak kita di negara ini, kita juga boleh mempersoalkan hak mereka. Tetapi ini tidak bermaksud kita menolak hak masyarakat lain yang ada di negara ini sebaliknya kita hanya mempertahankan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” tegasnya.

Beliau berkata, semua pihak harus menghormati hak yang telah diberikan kepada mereka dan jangan sesekali mempertikaikan hak orang lain kerana ia mungkin akan menimbulkan isu perkauman.

“Kita tidak minta lebih, hanya mahu mengekalkan apa yang kita ada sahaja dan kita juga tidak mahu mengganggu hak orang lain,” ujarnya.

Ahmad Zahid juga menyeru semua pihak agar bersatu supaya dapat bersama-sama memartabatkan imej serta kebudayaan orang Melayu di negara ini.

“Sudah sampai waktunya kita bangkit dan bersatu demi memartabatkan ketuanan Melayu di tanah air kita serta mendapatkan kembali apa yang telah hilang,” tegasnya.

Thursday, May 29, 2008

Orang luar pun kutuk kita

Saya terkejut apabila membaca The Star Online hari ini bertajuk Ad portraying Malays as terrorists to be dropped. Antara isi kandungan berita dari T.S.O mengatakan terdapat iklan selama 30 saat yang menggambarkan seorang pemimipin kumpulan pelampau (terrorist), seorang Melayu, menembak ke arah langit dan berkata dalam bahasa Melayu "Akulah orang paling jahat di dunia. Mari berlawan dengan aku. Aku akan bunuh kamu semua" (direct translation dari berita T.S.O) disiarkan di pawagam negara tersebut. Malangnya video tersebut tidak dapat saya cari dan saya pasti kerajaan Britain akan mengharamkan video tersebut daripada disiarkan. Bukan itu sahaja malah di laman web tentera British juga mempunyai iklan yang menggambarkan Melayu sebagai terrorist, agak pelik kenapa perlu dipaparkan di laman web tentera negara mereka, hmmm. Malangnya juga tiada gambar yang saya dapat cari. Tapi saya pasti akan timbul gambar iklan tersebut kerana pasti ada orang yang sempat menyimpannya. Orang Melayu pun ramai di dalam dunia Internet!


Walaupun pihak tertinggi British telah berjanji untuk membuang iklan tersebut tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia, seorang Melayu, sangat terasa dan tercabar dengan "kurang ajar" mereka. Sudah kita dijajahnya dahulu, kini mula sibuk menjajah imej bangsa supaya dapat mereka jajah lagi sekali dengan mengatakan kita ini pelampau. Kita dah terluka di dalam negara sendiri sekarang pihak luar semakin terang-terangan ingin membesarkan lagi luka kita. Ini adalah salah satu ancaman kepada negara kita.


Saya mungkin mengandaikan sesuatu yang ekstrim mengenai keselamatan negara. Tapi ingat, kafir di luar sana tidak akan senang duduk selagi kita Melayu Islam tidak mengikut telunjuk mereka sepenuhnya dan tidak tunduk pada mereka, termasuklah kepada umat Islam seluruh dunia yang dibenci oleh kafir-kafir harbi dan Yahudi.

Wednesday, May 28, 2008

Kita masih salah menyalahkan

Technorati Tags: ,,

Tidak perlu saya utarakan perkara-perkara mengenai reaksi pemimpin UMNO apabila pemimpin PAS mengeluarkan sebarang kenyataan dan begitu juga sebaliknya mengenai reaksi pemimpin PAS apabila pemimpin UMNO mengeluarkan sebarang kenyataan. Terlampau banyak isu yang berlaku dalam negara ini dijadikan perbalahan antara pemimpin kedua-dua parti tersebut.

Parti siapakah ini? Parti golongan bangsa Melayu Islam! Apabila timbul sesuatu isu tidak kira mana-mana parti yang timbulkan, pasti akan berlaku tuding-menuding jari, tuduh menuduh, salah menyalahkan. Siapakah yang sentiasa rugi apabila berlaku perkara sebegini? Bangsa Melayu Islam juga yang rugi!

Mengapa saya sebutkan pemimpin-pemimpin, bukannya ahli-ahli kedua-dua parti tersebut? Ini kerana ahli-ahli kedua-dua parti tersebut sedang menjadi mangsa kesan politik salah-menyalahkan daripada para pemimpin kedua-dua parti tersebut. Ahli-ahli kedua-dua parti adalah akar umbi di Malaysia yang memakmurkan Malaysia dengan menjalankan kehidupan harian, bekerja, berniaga dan meningkatkan ekonomi negara.

Ahli-ahli sekalian, kesan yang jelas berlaku sekarang adalah keretakan bangsa Melayu Islam. Saya tahu ramai yang telah sedar perkara ini tetapi terdapat juga golongan dari ahli-ahli apabila berjumpa dan bukannya dari parti yang sama, sudah pasti akan gah lagak seolah-olah para pemimpin mereka yang lantang salah-menyalahkan dan tuding menuding jari. Yang seorang gah mempertahankan partinya, yang seorang lagi gah mengatakan partinya lebih hebat. Hah, siapa yang untung jika kedua-duanya bersatu? Melayu Islam yang untung!

Ya memang dalam blog saya ini ada hentaman direct kepada parti PAS. Tapi yang saya directly focus pada pemimpinnya yang ikut telunjuk kafir harbi. Saya sangat kesalkan perkara itu. Saya sanggup terima lagi jika kedua-dua parti sering bercakaran tetapi jangan digadai agama dan bangsa demi mendapatkan kuasa yang nyatanya hanyalah boneka.

Biarlah pihak atasan kedua-dua parti bercakaran. Saya tidak ingin kita, ahli-ahli, bercakaran kerana jika kita berpecah dengan teruk, kita sendiri akan rugi. Ingat, kesenangan yang mungkin di antara kita yang perolehi semasa bercakaran sesama kita sebenarnya penderitaan bangsa kita yang tidak memperoleh apa-apa manfaat kesan dari keretakan bangsa kita. Mengenai para pemimpin kita, marilah kita doa agar ketemu jalan penyelesaian supaya mereka bersatu dan tidak mengikut telunjuk kafir harbi.

Di sini saya ingin juga tegaskan, bukannya bangsa lain yang kita mahu jatuhkan, yang kita mahu mereka tumpas. Bukan itu yang kita mahukan. Bangsa lain biarlah mereka maju di Malaysia, biarlah mereka hidup aman damai di Malaysia kerana mereka memang mempunyai hak untuk hidup di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia, cuma yang jelas perlu kita tentang ialah pemimpin-pemimpin kafir harbi yang ingin "menjajah" Malaysia dan menewaskan Melayu Islam dan Islam khususnya kerana ini adalah Tanah Melayu dan selamanya Tanah Melayu.

Perkara utama yang perlu kita lakukan dan usahakan ialah penyatuan bangsa. Kehidupan kita memang tidak boleh lari daripada politik tapi yang kita boleh ketepikan ialah fahaman politik kita agar kita mudah untuk bersatu. Kita masih belum lagi dalam keadaan tertekan kerana kita masih lagi dalam keadaan selesa, cuma kita lalai dan masih ketinggalan berbanding bangsa lain. Tetapi sudah tentu kita perlu mengambil langkah awal untuk menutup keretakan yang berlaku dalam bangsa Melayu Islam sebelum berlakunya perpecahan. Kita bertanggungjawab terhadap bangsa kita tidak kira anda suka atau tidak. Nilaikan semula dalam diri kita untuk meningkatkan kasih dan sayang kita terhadap bangsa kita supaya menjadi bangsa yang aman makmur dan kuat tidak kira dari pelbagai segi dan dapat meningkatkan kualiti ekonomi bangsa kita seterusnya menjaga adat istiadat bangsa kita agar tidak pupus dan mengembangkan ajaran Islam yang suci. Kita di peringkat akar-umbi inilah yang dapat memajukan dan mengukuhkan ikatan bangsa Melayu Islam.

Tuesday, May 20, 2008

Berangan nak tubuh kerajaan


Pas sedia tubuh kerajaan jika BN tumbang

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip kontrak sosial sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pendirian itu berasaskan kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi.

''Kesediaan Pas untuk menerajui negara ini kerana parti ini mempunyai banyak pengalaman sejak merdeka di mana pernah menjadi pembangkang secara bersendirian, bergabung dengan parti pembangkang lain dan memerintah beberapa kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari UMNO semalam di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

----------------------------------------------------------------------------

sumber: Utusan

Pandai pulak nak pertahankan kontrak sosial. Kalau nak pertahankan kontrak sosial bermakna pertahankan hak keistimewaan orang Melayu lah. Kontrak sosial ni dah lama dah dipertahankan oleh orang-orang UMNO dan BN. Dulu bukan main cakap perlembagaan Malaysia ni perlembagaan penjajah lah, sekarang ni baru nak faham apa itu kontrak sosial. Dulu kata asabiyah la, ni nak pertahankan pulak. Memang macam sesumpah. Kejap-kejap boleh tukar jadi lain.

Cuba fikirkan mereka nak memerintah atas dasar pemimpin itu Melayu Islam. Dari sini dah nampak gila kuasa. Lepas tu pulak cuba fikirkan jika betul-betul memerintah, mereka ada kuasa ke? Kuasa apa yang ada sedangkan dalam Dewan Rakyat tak cukup nak 2/3 untuk bentuk kerajaan, maka bentuklah kerajaan dengan pakatan kafir harbi mereka tu. Akhir sekali yang berkuasa ialah kafir harbi. Yang 'number one' hanya jadi boneka sahaja.

Haritu ada pulak yang cakap 'ketuanan Melayu' ni melecehkan, harini nak pertahankan kontrak sosial tu. Kontrak sosial itulah juga 'ketuanan Melayu' yang dipertahankan sejak sekian lama. Benarkan mereka ini (PAS) benar-benar mempertahankan 'ketuanan Melayu'? Di Perak makin terhakis 'ketuanan Melayu' sebab mereka mahukan 'ketuanan rakyat'. Semua sama rata dari segi hak. Itu mempertahankan kontrak sosial?

Jangan lupa kontrak sosial yang diamalkan dari dulu bukan hanya berasaskan dua perkara iaitu Bahasa Melayu bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi tetapi juga dua lagi perkara iaitu kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kini kedaulatan raja-raja Melayu dicalarkan oleh harbi-harbi dan pakatan mereka yang Melayu Islam buat-buat pekak je. Maklumlah harbi-harbi ini abang besar mereka. Maka itukah dinamakan mempertahankan kontrak sosial? Membiarkan kedaulatan raja-raja Melayu dicalarkan oleh abang besar pakatan mereka?

Kemudian 'ketuanan rakyat', hak yang sama rata tidak kira apa-apa kaum. Hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan bukan untuk meminggirkan kaum lain kerana kaum lain pun boleh untuk hidup dan menjadi kaya-raya di Malaysia. Hak istimewa orang Melayu hanya untuk memastikan kaum Melayu tidak ketinggalan kerana kesan daripada dasar "pecah&perintah" penjajah yang menyebabkan Melayu banyak terpinggir terutama sekali dari segi ekonomi. Dan hak ini dibuat untuk menjamin kecemerlangan orang Melayu di tanah air sendiri disamping tidak kisah jika kaum lain kaya-raya sampai duit tak tau nak buat apa lagi dah. Dan adakah PAS betul-betul mempertahankan kontrak sosial ini? Ah, 'ketuanan Melayu' itu leceh kata mereka. 'Ketuanan rakyat' yang dipegang di Perak adalah contoh besar penipuan mereka untuk pertahankan kontrak sosial.

Kome sume fikirkanlah sendiri putar belit dari pemimpin PAS ni. Saya yakin ramai ahli-ahli PAS yang benar-benar faham apa itu kontrak sosial dan kebaikannya akan terkilan dengan permainan retorik pemimpin mereka.

Wednesday, May 7, 2008

I.S.A - kenapa perlu takut?

I.S.A. Ya, sudah tentu ramai yang menentang akta ni. Ya, sudah tentu yang menentang ni kita mungkin boleh kategorikan kepada:

1. Kerana kasihan kepada keluarga yang ditahan.
2. Kerana hanya nampak I.S.A tu adalah tindakan ganas.
3. Kerana "Human Rights" (ptuiihhh!).
4. Kerana perjuangkan "demokrasi" dan "free of speak" (hmmphhh).
5. Kerana nak HAPUSKAN akta ni dan boleh teruskan menghasut dan buat HURU-HARA.

Pembaca sekalian, ya, huru-hara. Anda semua suka negara kita kucar-kacir? Suka bila negara kita mempunyai seorang mangkuk yang hanya bercakap dan membuat provokasi serta demonstrasi sehingga membahayakan rakyat, adakah itu satu bentuk "demokrasi"? Mengeluarkan kata-kata yang menghasut dan boleh mencetuskan ketegangan kaum sehingga boleh mengakibatkan negara kacau-bilau, itu yang pembaca sekalian mahu?

Pembaca sekalian, saya yakin anda semua waras untuk menilai akta tersebut. Ia perlu dipandang luas demi kepentingan negara terutama sekali keharmonian rakyat dan keamanan negara terjaga.

Kasihan pada keluarga? Ya, saya pun kasihan. Tapi kalau kasihan dan melepaskan tahanan ISA, dibiarkan membuat huru-hara dan kacau-bilau hasil dari kehebatan mereka mengeluarkan hasutan dan provokasi, tak kasihan kat negara kita sendiri? Yang dapat kesannya bukannya keluarga si durjana tapi keluarga dan masyarakat di seluruh Malaysia.

Tu baru yang buat hasutan. Belum lagi yang terer buat bom dan sebagainya. Eh takpela, lepaskanla mereka, takpe, negara kita ni aman dah. Takdenye depa nak buat gitu. Hmmm....

Fikir-fikirkanlah untuk kebaikan Malaysia.