Showing posts with label Retorik. Show all posts
Showing posts with label Retorik. Show all posts

Sunday, June 28, 2009

Tak nak bincang, tapi nak debat pulak

Aneh.

Itulah yang mampu saya ungkapkan dengan TG Nik Aziz yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan menyakitkan hati ramai orang Melayu.

Untuk mengelakkan isu UMNO disamakan dengan komunis diperbesarkan (walhal mereka bersekongkol dengan komunis DAP) maka di'konar baring' pula ke arah perdebatan dengan Najib. Pelik sungguh. Apabila ada peluang untuk bermuzakarah demi kebaikan umat Islam, ditolak dan ditentang habis-habisan dan akhir sekali UMNO-BN pula yang dituduh mengutarakan idea kerajaan perpaduan untuk mengucar-kacirkan PAS sedangkan yang memulakan idea tersebut adalah Presiden PAS sendiri.

Muzakarah adalah lebih baik untuk capai persetujuan bagi kebaikan dan kepentingan umat Islam.

Atau adakah debat hanya untuk melihat siapa lebih Islam daripada orang lain?

Buang masa.

Buang karen je.

Monday, April 6, 2009

Pengundi hantu sandiwara PAS

Siapa nak baca berita fitnah/menipu/putar belit/palsu blogger sebelah sana  sila ke sini :

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/umno-beli-400-helai-baju-pas-for-all.html

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/londeh-seluaq-pertahan-quran.html

http://prioryofjenin.blogspot.com/2009/04/siapa-ismail-saffian.html

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/04/143-abo-bukit-gantang-live-2-bas.html

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/hantu-syaitan-naik-bas-diserbu-petugas.html


http://perakexpress.blogspot.com/2009/04/pesta-menangkap-hantu-bermula.html

Semua pasal pengundi hantu, cerita palsu walhal semasa menang 5 negeri hari tu, tak ada pun sebut  pasal pengundi hantu...memang teruk  betul perangai depa ni.. oleh itu pastikan mereka akan kalah hari ini dan bila bila pun pada masa akan datang.... Jelas perjuagan mereka berbentuk balas dendam dan kebencian..

Sumber: Pang5 Perang Cyber

Sunday, August 10, 2008

Istimewanya dia kepada 'A-mereka' itu

Istimewanya si dia ni sehinggakan ada special page untuk kes-kes yang dihadapinya. Sayang benor 'A-mereka' kepada si dia ni.

special page kes anwar msn

Tuesday, July 1, 2008

Sudahlah gelabah, dituduhnya konspirasi jatuhkan kariernya

Si Anwar Menggel (baca:menggelabah) ini memang bijak mengatur skrip drama malah drama yang dilakonkannya sangatlah berkesan kepada penyokong-penyokong taksubnya yang hanya pasti si Anwar ini sahaja yang benar, tiada yang benar melainkan apa yang keluar dari mulut si Anwar Menggel ini sahaja.

Tindakan memalukan negara sudah tentu tidak boleh diterima. Meminta ihsan duta Turki untuk mendapatkan perlindungan juga meletakkan imej negara sebagai tidak selamat dan pembunuhan pemimpin berlaku dengan senang-lenang. Malah ia melibatkan negara lain maka sudah tentu perkara ini tersebar di serata dunia membawa imej Malaysia yang negatif. Memalukan. Lebih dari itu, si Anwar Menggel ini pula dengan sukacitanya mengatakan kedutaan Turki menjemputnya ke tempat mereka untuk memberi perlindungan, walhal ianya adalah sebaliknya, kedutaan Turki menyatakan bahawa mereka tidak menjemput si Anwar Menggel datang ke tempat mereka kerana dia sendiri datang ke kedutaan Turki tersebut dan mereka hanya menerima si Anwar Menggel masuk atas dasar kemanusiaan. Satu putar belit yang sangat jelas dibuat oleh si Anwar Menggel ini.

Jika si Anwar Menggel ini sungguh benar tidak melakukan perbuatan "itu" terhadap Mohd Saiful, mengapa dengan tiba-tiba melahirkan ketegangan mengatakan bahawa ada konspirasi untuk menghapuskan karier politiknya dan dia mungkin akan dicederakan atau dibunuh oleh ejen Barisan Nasional berdasarkan maklumat sumber kerajaan dan perisik tentera, kononnya.

Sekarang pula Amerika menyibuk memberi amaran kepada Malaysia supaya jangan membuat sebarang tindakan berunsur politik terhadap sebarang penyiasatan dan perbicaraan yang bakal melibatkan kes perbuatan "itu" oleh si Anwar Menggel terhadap Mohd Saiful. Ini apa ke halnya pula Amerika menyibuk? Kes yang macam-macam di Malaysia ni tiada pulak nak menyibuknya. Pelik, bukan? Ini seolah-olah ingin memastikan si Anwar Menggel terselamat daripada perbicaraan yang kononnya "tidak adil". Sungguh meragukan.

Sunday, June 29, 2008

Wahai Anwar, kalau tak salah, mengapa perlu gelabah?

Agak pelik kenapa Anwar Ibrahim menggelabah apabila seorang lelaki membuat laporan polis mengenai kes liwat keatas diri lelaki tersebut. Tetapi yang pelik Anwar menggelabah tak tentu pasal dan mengganggap laporan tersebut adalah untuk menjatuhkan karier politiknya. Saya pelik kerana kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin ketika disoal media:

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu. (Sumber: Utusan)

Menggelabah tak tentu pasal. Kalau tak salah, apa kejadahnya buat kenyataan begitu? Mengapa saya kata si Anwar ini menggelabah? Baca ini, ini dan ini. Kelakar betul si menggelabah ini. Malah apabila dia sanggup mengatakan keselamatannya terancam dan tindakannya meminta perlindungan daripada kedutaan Turki adalah satu penghinaan kepada Malaysia. Apa dia ingat Malaysia ini sedang berperang?

Jelas si Anwar ini ingin menunjukkan atau menggambarkan bahawa Malaysia ini "tidak selamat" kepada seorang "pemimpin yang benar" seperti dirinya. Malah juga menggambarkan Malaysia seolah-olah lemah dari segi keselamatan dan kuasa dengan tindakannya meminta perlindungan Turki. SENGAL! Inilah perilaku RETORIK Anwar hingga sanggup mencemarkan nama negara sendiri!

Monday, May 19, 2008

DAP "sayang" PAS

"DAP boleh bekerjasama dengan PAS tetapi tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam" - Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng: Utusan Malaysia, 22 April 1999.

"Negara Islam yang didirikan oleh UMNO nampaknya lebih diterima oleh masyarakat Cina. PAS terlalu bising untuk menegakkan negara Islam. UMNO pula melakukannya secara diam-diam tanpa disedari oleh rakyat. PAS seperti ayam bertelur sebiji tapi riuh sekampung." - Penasihat DAP, Dr. Chen Man Min: Mingguan Malaysia, 30 September 2001.

"Kita mahu wujudkan negara pelbagai kaum dan agama, bukan negara Islam yang diperjuangkan PAS." - Penasihat DAP, Dr. Chen Man Min: Berita Harian, 15 Disember 2001.

"The reason why DAP pulled out of the front was because of the failure to resolve the Islamic state issue. The question of DAP returning does not arise." - Lim Kit Siang: The Star, 18 Disember 2001.

"Any suggestion that DAP return to the coalition by ignoring the fundamental cause of its pullout is akin to regarding politics as building sand castles." - Lim Kit Siang: The Star, 18 Disember 2001.

"Let me say that just because PAS Youth thinks it could dictate to Keadilan and PRM, it should not think it could dictate DAP." - Lim Kit Siang: New Straits Times, 19 Disember 2001.


"Our record speaks for itself, that we are a party of principle and we have never joined BN before." - Kerk Kim Hock: The Star, 23 Disember 2001.

"Abdul Hadi should not bestow on himself the rights to make edicts, particularly when such edicts can lead to misunderstanding. There is no doubt that the US, in its foreign policy, has antagonized many countries and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad has rightly condemned it in this regard. For Abdul Hadi to say that assisting the US could lead to a situation of murtad amounts to an expression of extremist views." - Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh: The Sun, 1 Januari 2002.

"PAS should search its conscience before levelling such charges that are devoid of basis or logic. The DAP cannot compromise its stand. The DAP does not believe in running with the hares and hunting with the hounds." - Karpal Singh: The Star, 3 Januari 2002.

Monday, May 12, 2008

Pertahankan?


PKR pertahan

KUALA LUMPUR 12 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Raja Perak dalam bidang kuasa pentadbiran agama Islam di negeri itu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima penjelasan yang dibuat Karpal selepas beliau mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita telah berbincang dan menerima penjelasan Karpal Singh. Beliau tidak bermaksud menyinggung raja-raja Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar berkata, hak dan kekuasaan Melayu atau Raja-raja di negara ini tidak terancam tetapi hanya diperbesar-besarkan oleh UMNO melalui media yang dikuasai mereka semata-mata.

Katanya, jika perkara itu tidak diperbesar-besarkan, maka tindakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang perlu dibincangkan sangat.

Sumber: Utusan

Inilah dia Melayu yang sanggup memandang dengan mata sebelah isu berkenaan institusi raja di Malaysia. Dah la Melayu, sanggup ketepikan keutamaan adab dan kesopanan dalam Melayu terutama sekali terhadap raja-raja hanya kerana tak nak kecikkan hati si Karpal Singh. Malah boleh pula dianggap remeh apabila menyatakan jika perkara ini tidak dibesarkan maka ia tidak menjadi isu. Ini adalah ISU penting! Sedar ke yang diselar itu Ketua Agama Islam dan Ketua Adat Melayu? Jika isu ini tidak diutarakan maka makin besarlah kepala si Karpal Singh tu!

PAS dan DAP hanyalah pakatan retorik di Perak


Bagi saya pakatan dari 2 parti pembangkang yang diikati melalui PKR yang sangat berbeza dasar dan hala tujunya tidak akan bertahan lama. Ramai penyokong2 mereka megeluarkan kata2 supaya pakatan ini diberi peluang untuk mentadbir terutamanya di negeri Perak. Bagi saya kata2 itu seolah2 harapan yang tidak akan kunjung tiba kerana saya yakin ianya hanyalah pakatan yang rapuh yang dibina atas KETAMAKAN KUASA! Mereka yang berharap itu pula hanyalah mat jenin yang tidak nampak kesulitan yang bakal berlaku dalam pakatan tersebut (Melayu lah terutamanya).

Mengapa saya berkata begini seolah2 berdoa pakatan ini tidak akan berjaya? Saya bukannya pak dukun yang boleh meramal masa hadapan tetapi saya, rakyat yang menetap di Negeri Perak ini, sudah tentu nampak akan kerapuhan yang ditunjukkan sejak ingin menubuhkan kerajaan negeri setelah PRU-12.

Mungkin ramai yang tidak ingat apabila DAP, PAS dan PKR (31 kerusi) bergabung untuk mengatasi kerusi BN (28 kerusi). Gabungan mereka itu dibuat sejurus melihat mereka boleh menubuhkan kerajaan negeri untuk memerintah. Malah DAP (18 kerusi) yang memenangi paling banyak kerusi berbanding PAS (6 kerusi) dan PKR (7 kerusi) sudah perasan yang mereka dapat melantik menteri besar di kalangan pemimpin mereka. Namun perlu diingat, mereka ini sebenarnya masih belum lagi mempunyai gabungan yang rasmi seperti BN yang ditubuhkan melalui undang2. Maka apakah mereka ini? Bagi saya hanyalah gabungan GILA KUASA.

Seterusnya ingin saya singkap sedikit kejadian apabila menteri besar Perak perlu terdiri daripada orang Melayu Islam menurut undang2 tubuh negeri Perak. Lim Kit Siang lah makhluk yang mengajak memboikot perlantikan MB Perak oleh istana Perak. Ini adalah satu penghinaan kepada insititusi raja Perak. Lupakah anda semua? Namun begitu si Lim ni jugak ada meletakkan harapan supaya MB Perak dilantik dikalangan DAP kerana ada klausa dalam perlembagaan negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik sesiapa sahaja yang baginda berkenan. Wahai orang Perak, bersyukurlah kerana Sultan kita ini bijaksana sekali. Bagi orang PAS, jangan nak perasan yang Sultan Perak pilih wakil PAS untuk jadi MB bukan kerana baginda berkenan tapi kerana kamu tu Melayu Islam.

Saya ingin berkongsi satu perkara mengenai PAS ni. Pada 9 Mei yang lepas saya mendengar khutbah Jumaat di sebuah masjid yang saya sudah tahu digunakan PAS untuk menyampaikan dakyah politik mereka. Saya tetap datang untuk bersolat di masjid tersebut kerana saya berniat ingin bersolat dan kerana mereka itu Islam. Yang bezanya hanyalah perbezaan politik. Maka seperti biasa saya ke masjid dan mendengar khutbah. Malangnya setelah mereka menguasai Perak, habis khutbah jadi medan politik. Memang ada pesanan2 berbentuk akhirat tetapi semua menjurus kepada betapa betulnya rakyat Perak memilih PAS. Walhal di Perak 6 kerusi sahaja yang PAS menang. Tetapi agenda sebenar mereka menggunakan masjid adalah untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang memang tidak kuat di Perak ini. Kome ingat orang Perak ni bodoh ke? Saya melihat disekeliling saya. Rata-rata kurang selesa dengan “khutbah” yang disampaikan oleh khatib yang kuat benor suaranye. Macam sampai nak hilang suara dia ber”khutbah”.

Khatib juga ada memberitahu mengenai Qada dan Qadar. Memang benar sesiapa yang tidak beriman kepada Qada dan Qadar terpesong akidahnya kerana ia adalah sebahagian dari Rukun Iman. Cuma yang peliknya lantang khatib ini menyuarakan agar taat kepada MB baru ini kerana sudah Qada dan Qadar memilih Nizar menjadi MB. Ok, saya setuju itu adalah Qada dan Qadar kerana sebelum perlantikan dibuat saya pun tidak tahu siapa yang bakal jadi MB Perak. Beberapa kali ditekankan supaya mentaati pemimpin ini kerana beliau Melayu, beragama Islam (pelik juga tiba2 khatib ni boleh pulak tekankan “Melayu” kerana PAS setahu saya tidak gemar memperjuangkan bangsa2 ni). Tapi kenapa tak tekankan Qada dan Qadar bahawa Pak Lah yang juga Melayu beragama Islam perlu ditaati? Pelik benor. Yang nyata dan jelas sekali di sini mereka betul2 menggunakan masjid untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Perak sehinggakan seolah2 memberi ketakutan kepada orang Perak bahawa matikah mereka dalam Islam jika tidak mentaati pemimpin dan pelbagai lagilah sehinggakan kepada pendidikan sekarang ini pun dikatanya tidak Islamik. Belajar Fizik pun Islamik juga kerana mengajar kita Law of Nature iaitu Law yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa. Ni lagi satu, siapa mereka yang menentukan seseorang itu mati dalam Islam atau tidak? Walaupun seseorang itu kuat amalannya tetapi apabila mati yang tahu tetap hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mengenai Islamik pula, pakatan mereka dengan kafir Harbi DAP tu apa dia? Islamik ke? Tak pulak mengaku Qada dan Qadar yang mereka berpakat dengan kafir Harbi untuk menjatuhkan saudara se-Islam. Jelas dan terang PHD mereka terhadap parti keris di bendera itu.

Sebenarnya saya nak sambung dengan kenyataan2 dari DAP yang menunjukkan mereka ini tidak akan sama sekali dapat membuat pakatan yang kukuh dengan PAS. Saya akan sambung di dalam entri selepas ini.

Pembaca sekalian fikir-fikirkan lah ye. Ni soal negeri Perak khususnya ye.