Showing posts with label nizar. Show all posts
Showing posts with label nizar. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Lompat Parti: Pembangkang Perak terdesak?

Permainan mereka (pembangkang) mudah sahaja. Apabila telah menjalankan ceramah seluruh negeri hatta seluruh negara, menyuntik semangat benci kepada penyokong mereka dan melaungkan "Bubar DUN", mereka membuat spekulasi bahawa akan ada lagi wakil rakyat dari pembangkang akan melompat masuk BN. Mereka menyuntik spekulasi ini ke benak penyokong mereka agar jika berlakunya episod lompat parti ke BN di Perak, maka mudah mereka untuk mengatakan DS Najib mengepalai lagi rampasan kuasa di Perak dan mungkin kali ini penyokong mereka akan lakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan sedia ada. Mungkin berbaring atas jalan, lebih advance lagi, berguling-guling atas jalan sambil melaungkan "Bubar DUN". Mungkin inilah strategi pembangkang Perak yang makin terdesak.

Wallahualam.

Monday, April 6, 2009

Rewind Nizar: Persidangan DUN - PAS tak perjuang negara Islam

 namrudPengundi Bukit Gantang terutamanya penyokong PAS perlu menolak Nizar kerana telah membakulsampahkan perjuangan PAS. Perkara sebegini telah terbukti ketika Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-12, Nizar telah mengesahkan PAS tidak memperjuangkan Negara Islam, demi menjaga hati pemain bonekanya, Ngeh Khoo Ham. Saksikan video dibawah:

SIAPA SEBENARNYA NIZAR???

Friday, April 3, 2009

Anwar jual nama Allah kepada kafirin untuk raih undi

Saya 'terbang' jauh ke Batang Ai hari ini untuk posting perkara yang sensitif kepada kita orang Melayu/Islam, iaitu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Anwar berceramah di Lubok Antu dihadapan masyarakat Iban, mengatakan PKR tidak mempunyai masalah jika penganut agama lain nak menggunakan kalimah Allah, dan penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

INI JELAS ANWAR MENYOKONG KEHENDAK IRENE FERNANDEZ DAN JUGA PERGERAKAN KAFIRIN UNTUK MEMURTADKAN ORANG MELAYU/ISLAM DENGAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH.

DAN INI JUGA BERMAKNA ANWAR MENGIKTIRAF UMNO BAHAWA UMNO SEMEMANGNYA PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR YANG SEJATI KERANA BUKAN ISLAM TAK BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH DISEBABKAN OLEH UMNO.

Anwar_ibrahim "Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah. Nik Aziz juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah" - Anwar Ibrahim.

anwar-ibrahim "Tetapi UMNO tidak bagi guna nama Allah. Pada PKR jika nama Allah mahu digunakan oleh penganut agama lain, kami akan biarkan sebab itu hak mereka (penganut agama lain)" - Anwar Ibrahim.

Ini semua adalah gerakan liberalisai oleh Anwar Ibrahim sehingga agama Islam mahu dijadikan setaraf dengan agama lain. Perkara ini bukan boleh main-main! Sebagai seorang Islam, kita perlu menentang pergerakan ini. Kita perlu menentang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin yang juga Team Ulama di dalam PAS ketika di dalam Parlimen, telah menerangkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain di Malaysia ini.

Siapa yang anda nak dengar? Anwar atau Ustaz  Taib Azamuddin?

Allahuakbar!!!

Kita tolak Anwar!

Kita tolak Erdogan!

Kita tolak DAP!

KITA TOLAK NIZAR DI BUKIT GANTANG KERANA NIZAR JUGA BUDAK SURUHAN ANWAR!!!

Sunday, March 29, 2009

Orang tempatan Bukit Gantang mesti tolak Nizar

Sikap gedebe orang2 PAS dari luar merimaskan penduduk Bukit Gantang. Orang tempatan disini tidak buat kecoh apa-apa pun, malah ahli-ahli PAS di Bukit Gantang pun sudah tentu merasa mereka dibakulsampahkan kerana calon pilihan mereka iaitu Ustaz Idris tidak dipilih. Nizar pula dipilih, lebih2 lagi pilihan Nizar adalah pilihan DAP kafir harbi.



Orang tempatan Bukit Gantang perlu sedar memilih Nizar bermakna memilih PAS secara tersurat, namun sebenarnya memenangkan DAP secara tersirat.

Tolak Nizar, demi kepentingan agama, bangsa dan negara kerana menolak Nizar adalah menolak DAP, dan pada masa yang sama menyedarkan Nizar untuk kembali ke jalan sebenar termasuklah PAS.