Sunday, June 29, 2008

Wahai Anwar, kalau tak salah, mengapa perlu gelabah?

Agak pelik kenapa Anwar Ibrahim menggelabah apabila seorang lelaki membuat laporan polis mengenai kes liwat keatas diri lelaki tersebut. Tetapi yang pelik Anwar menggelabah tak tentu pasal dan mengganggap laporan tersebut adalah untuk menjatuhkan karier politiknya. Saya pelik kerana kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin ketika disoal media:

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu. (Sumber: Utusan)

Menggelabah tak tentu pasal. Kalau tak salah, apa kejadahnya buat kenyataan begitu? Mengapa saya kata si Anwar ini menggelabah? Baca ini, ini dan ini. Kelakar betul si menggelabah ini. Malah apabila dia sanggup mengatakan keselamatannya terancam dan tindakannya meminta perlindungan daripada kedutaan Turki adalah satu penghinaan kepada Malaysia. Apa dia ingat Malaysia ini sedang berperang?

Jelas si Anwar ini ingin menunjukkan atau menggambarkan bahawa Malaysia ini "tidak selamat" kepada seorang "pemimpin yang benar" seperti dirinya. Malah juga menggambarkan Malaysia seolah-olah lemah dari segi keselamatan dan kuasa dengan tindakannya meminta perlindungan Turki. SENGAL! Inilah perilaku RETORIK Anwar hingga sanggup mencemarkan nama negara sendiri!

1 comments:

mrf said...

anwar memang manusia tak bermaruah..guna cara yg hina untuk memupuk kebencian rakyat terhadap kerajaan.
cita2 misinya untuk menanam kebencian rakyat tehadap kerajaan selain menagih simpati rakyat.
ini bukan gaya pemimpin sejati, ini gaya pemimpin bacul dan pondan.
malangnya ramai anak2 muda malahan mahasiswa dan graduan universiti menyokong beliau..
mungkin akibat duit atau ilmu tidak berkat yg di salurkan kerajaan untuk membantu rakyat menjadikan pelajar dan lulusan universiti ini mudah di perbodoh2kan oleh anwar.