Tuesday, May 20, 2008

Berangan nak tubuh kerajaan


Pas sedia tubuh kerajaan jika BN tumbang

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip kontrak sosial sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pendirian itu berasaskan kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi.

''Kesediaan Pas untuk menerajui negara ini kerana parti ini mempunyai banyak pengalaman sejak merdeka di mana pernah menjadi pembangkang secara bersendirian, bergabung dengan parti pembangkang lain dan memerintah beberapa kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari UMNO semalam di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

----------------------------------------------------------------------------

sumber: Utusan

Pandai pulak nak pertahankan kontrak sosial. Kalau nak pertahankan kontrak sosial bermakna pertahankan hak keistimewaan orang Melayu lah. Kontrak sosial ni dah lama dah dipertahankan oleh orang-orang UMNO dan BN. Dulu bukan main cakap perlembagaan Malaysia ni perlembagaan penjajah lah, sekarang ni baru nak faham apa itu kontrak sosial. Dulu kata asabiyah la, ni nak pertahankan pulak. Memang macam sesumpah. Kejap-kejap boleh tukar jadi lain.

Cuba fikirkan mereka nak memerintah atas dasar pemimpin itu Melayu Islam. Dari sini dah nampak gila kuasa. Lepas tu pulak cuba fikirkan jika betul-betul memerintah, mereka ada kuasa ke? Kuasa apa yang ada sedangkan dalam Dewan Rakyat tak cukup nak 2/3 untuk bentuk kerajaan, maka bentuklah kerajaan dengan pakatan kafir harbi mereka tu. Akhir sekali yang berkuasa ialah kafir harbi. Yang 'number one' hanya jadi boneka sahaja.

Haritu ada pulak yang cakap 'ketuanan Melayu' ni melecehkan, harini nak pertahankan kontrak sosial tu. Kontrak sosial itulah juga 'ketuanan Melayu' yang dipertahankan sejak sekian lama. Benarkan mereka ini (PAS) benar-benar mempertahankan 'ketuanan Melayu'? Di Perak makin terhakis 'ketuanan Melayu' sebab mereka mahukan 'ketuanan rakyat'. Semua sama rata dari segi hak. Itu mempertahankan kontrak sosial?

Jangan lupa kontrak sosial yang diamalkan dari dulu bukan hanya berasaskan dua perkara iaitu Bahasa Melayu bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi tetapi juga dua lagi perkara iaitu kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kini kedaulatan raja-raja Melayu dicalarkan oleh harbi-harbi dan pakatan mereka yang Melayu Islam buat-buat pekak je. Maklumlah harbi-harbi ini abang besar mereka. Maka itukah dinamakan mempertahankan kontrak sosial? Membiarkan kedaulatan raja-raja Melayu dicalarkan oleh abang besar pakatan mereka?

Kemudian 'ketuanan rakyat', hak yang sama rata tidak kira apa-apa kaum. Hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan bukan untuk meminggirkan kaum lain kerana kaum lain pun boleh untuk hidup dan menjadi kaya-raya di Malaysia. Hak istimewa orang Melayu hanya untuk memastikan kaum Melayu tidak ketinggalan kerana kesan daripada dasar "pecah&perintah" penjajah yang menyebabkan Melayu banyak terpinggir terutama sekali dari segi ekonomi. Dan hak ini dibuat untuk menjamin kecemerlangan orang Melayu di tanah air sendiri disamping tidak kisah jika kaum lain kaya-raya sampai duit tak tau nak buat apa lagi dah. Dan adakah PAS betul-betul mempertahankan kontrak sosial ini? Ah, 'ketuanan Melayu' itu leceh kata mereka. 'Ketuanan rakyat' yang dipegang di Perak adalah contoh besar penipuan mereka untuk pertahankan kontrak sosial.

Kome sume fikirkanlah sendiri putar belit dari pemimpin PAS ni. Saya yakin ramai ahli-ahli PAS yang benar-benar faham apa itu kontrak sosial dan kebaikannya akan terkilan dengan permainan retorik pemimpin mereka.

0 comments: