Monday, May 12, 2008

Pertahankan?


PKR pertahan

KUALA LUMPUR 12 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Raja Perak dalam bidang kuasa pentadbiran agama Islam di negeri itu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima penjelasan yang dibuat Karpal selepas beliau mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita telah berbincang dan menerima penjelasan Karpal Singh. Beliau tidak bermaksud menyinggung raja-raja Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar berkata, hak dan kekuasaan Melayu atau Raja-raja di negara ini tidak terancam tetapi hanya diperbesar-besarkan oleh UMNO melalui media yang dikuasai mereka semata-mata.

Katanya, jika perkara itu tidak diperbesar-besarkan, maka tindakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang perlu dibincangkan sangat.

Sumber: Utusan

Inilah dia Melayu yang sanggup memandang dengan mata sebelah isu berkenaan institusi raja di Malaysia. Dah la Melayu, sanggup ketepikan keutamaan adab dan kesopanan dalam Melayu terutama sekali terhadap raja-raja hanya kerana tak nak kecikkan hati si Karpal Singh. Malah boleh pula dianggap remeh apabila menyatakan jika perkara ini tidak dibesarkan maka ia tidak menjadi isu. Ini adalah ISU penting! Sedar ke yang diselar itu Ketua Agama Islam dan Ketua Adat Melayu? Jika isu ini tidak diutarakan maka makin besarlah kepala si Karpal Singh tu!

0 comments: