Wednesday, May 28, 2008

DAP memang dah lama bosan dengan ketuanan Melayu

Technorati Tags: ,,

DAP mendakwa rakyat sudah bosan dengan konsep ketuanan Melayu. Lim Kit Siang pula kata lebih adil jika menegakkan ketuanan orang Malaysia dan kedaulatan Malaysia. Sudah tukar ka? Di mana Malaysian Malaysia DAP? Oh ya, ketuanan Malaysia itu juga Malaysian Malaysia yang diidamkan DAP. Bijak mereka bermain kata.

Ketuanan Melayu - Apa Kata Kit Siang

Melayu Islam, anda mahukan pemimpin harbi ini menjadi pemimpin anda? (Klik imej untuk paparan lebih besar)

Malaysian Malaysia yang mereka idam-idamkan mungkin boleh menjadi kenyataan jika bangsa Melayu Islam hanya melihat dan tidak mahu memahami konsep sebenar ketuanan Melayu. Mereka ini, Kit Siang dan DAP, sememangnya telah lama menolak kepimpinan Melayu Islam. Ini terbukti setelah Kit Siang menolak perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam, terbukti apabila Karpal Singh menyelar Sultan Perak yang juga ketua agama negeri Perak.

Tan Seng Giaw pula juga mengatakan UMNO hanya memberi penekanan kepada satu kaum sahaja semasa Perhimpunan Agung UMNO. Seng Giaw ni agaknya celik tapi buta. Sudah tentu UMNO itu parti yang ahlinya orang Melayu, maka sudah tentu juga membincangkan segala perihal orang Melayu dari pendidikan sehinggalah ekonomi. UMNO ada perjumpaan BN untuk membincangkan mengenai semua kaum di Malaysia ini. Sungguh jelas sekali DAP ingin meletakkan imej "UMNO mengamalkan perkauman" sedangkan parti DAP itu sendiri parti bangsa apa? Anda pembaca renung dan fikirkanlah sendiri betapa DAP cuba untuk meletakkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang meminggirkan bangsa lain. Kalau benar DAP ini untuk semua maka mengapa perlu "Pakatan Rakyat" di Perak dan Selangor?

Agak pelik mereka ini menjadi wakil rakyat tetapi tidak memahami konsep ketuanan Melayu kerana di dalam perlembagaan telah tercatat perkara yang membentuk konsep ketuanan Melayu. Apakah kerana perkataan "tuan" itu membuatkan mereka merasakan seperti hamba? Kalau begitu cuba kita tukar kepada "keindukkan Melayu" atau "keperkasaan Melayu" yang masih berlandaskan empat perkara di dalam perlembagaan, apakah pula reaksi mereka? Tidak perlu tunggu reaksi mereka kerana sudah tentu tetap dibangkang dan ditentang kerana perkara utama yang mereka tentangi ialah tulang belakang konsep ketuanan Melayu itu sendiri. Apakah tulang belakang yang saya maksudkan? 1. Islam agama rasmi, 2. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, 3. Hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, 4. Kedaulatan Raja-raja Melayu. Empat perkara ini tercatat dalam sejarah sebagai pembentukan negara yang kita duduki sekarang ini.

DAP terang-terangan menyuntik dan memainkan isu perkauman apabila isu ketuanan Melayu dibangkitkan. Apabila bangsa lain membincangkan masalah mereka, membincangkan untuk memajukan bangsa mereka, kita Melayu Islam tidak kisah pun malah tidak pula mengatakan mereka mengamalkan perkauman. Siapa sebenarnya yang perkauman? Anda, pembaca dihormati sekalian, renungkanlah sendiri.

Secara ringkas saya ingin jelaskan, ketuanan Melayu bukan untuk menganggap bangsa lain sebagai hamba dan bukan juga untuk meminggirkan bangsa lain terus maju di dalam Malaysia. Tetapi ketuanan Melayu adalah untuk memajukan bangsa Melayu terutama dari segi ekonomi dan memelihara agama Islam dari ancaman-ancaman yang cuba menjatuhkannya.

0 comments: