Friday, May 9, 2008

Salahkan media pulak


Husam salahkan media

KOTA BAHARU 8 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang semalam mengelak daripada mengulas isu pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan kuasa sultan, hari ini menyalahkan media yang menyebabkan isu itu menjadi besar.

Beliau berkata, isu itu tidak akan menjadi besar jika media tidak memberi perhatian atau liputan meluas mengenainya.

"Isu Karpal (Singh) ini kalau media tak layan, tak ada apa pun, sepatutnya media jangan terlalu ikut rentak Karpal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Homestay di Pantai Mek Mas, di sini hari ini.

Tiga penduduk kampung berkenaan dipilih untuk menjadi pemilik tiga buah rumah untuk program homestay itu yang dibina kerajaan Kelantan dengan kos kira-kira RM38,000 sebuah.

Semalam, Husam dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengambil pendekatan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak.

Karpal Singh semalam berkata, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru, anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin Umno supaya jangan mempolitikkan kenyataannya yang berdasarkan undang-undang itu sehingga menjadi isu perkauman.

Sementara itu Husam berkata, media sepatutnya memberi fokus kepada isu dan agenda negara yang lebih besar bukannya memainkan polemik yang didakwanya hanya untuk menutup kelemahan kerajaan pusat terutama selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu.

- Bernama

---------------------------------------------------------

Bila depa cakap tak keluar tv, kenyataan depa tak keluar surat khabar, habis dihentamnya tiada kebebasan media. La ni media paparkan keangkuhan si harbi Karpalakhanat Singh, dah la mereka diam membisu, tak mau komen apa2 tetapi yang lebih jeleknya media pulak dipersalahkan.

0 comments: