Tidak perlu saya utarakan perkara-perkara mengenai reaksi pemimpin UMNO apabila pemimpin PAS mengeluarkan sebarang kenyataan dan begitu juga sebaliknya mengenai reaksi pemimpin PAS apabila pemimpin UMNO mengeluarkan sebarang kenyataan. Terlampau banyak isu yang berlaku dalam negara ini dijadikan perbalahan antara pemimpin kedua-dua parti tersebut.
Parti siapakah ini? Parti golongan bangsa Melayu Islam! Apabila timbul sesuatu isu tidak kira mana-mana parti yang timbulkan, pasti akan berlaku tuding-menuding jari, tuduh menuduh, salah menyalahkan. Siapakah yang sentiasa rugi apabila berlaku perkara sebegini? Bangsa Melayu Islam juga yang rugi!
Mengapa saya sebutkan pemimpin-pemimpin, bukannya ahli-ahli kedua-dua parti tersebut? Ini kerana ahli-ahli kedua-dua parti tersebut sedang menjadi mangsa kesan politik salah-menyalahkan daripada para pemimpin kedua-dua parti tersebut. Ahli-ahli kedua-dua parti adalah akar umbi di Malaysia yang memakmurkan Malaysia dengan menjalankan kehidupan harian, bekerja, berniaga dan meningkatkan ekonomi negara.
Ahli-ahli sekalian, kesan yang jelas berlaku sekarang adalah keretakan bangsa Melayu Islam. Saya tahu ramai yang telah sedar perkara ini tetapi terdapat juga golongan dari ahli-ahli apabila berjumpa dan bukannya dari parti yang sama, sudah pasti akan gah lagak seolah-olah para pemimpin mereka yang lantang salah-menyalahkan dan tuding menuding jari. Yang seorang gah mempertahankan partinya, yang seorang lagi gah mengatakan partinya lebih hebat. Hah, siapa yang untung jika kedua-duanya bersatu? Melayu Islam yang untung!
Ya memang dalam blog saya ini ada hentaman direct kepada parti PAS. Tapi yang saya directly focus pada pemimpinnya yang ikut telunjuk kafir harbi. Saya sangat kesalkan perkara itu. Saya sanggup terima lagi jika kedua-dua parti sering bercakaran tetapi jangan digadai agama dan bangsa demi mendapatkan kuasa yang nyatanya hanyalah boneka.
Biarlah pihak atasan kedua-dua parti bercakaran. Saya tidak ingin kita, ahli-ahli, bercakaran kerana jika kita berpecah dengan teruk, kita sendiri akan rugi. Ingat, kesenangan yang mungkin di antara kita yang perolehi semasa bercakaran sesama kita sebenarnya penderitaan bangsa kita yang tidak memperoleh apa-apa manfaat kesan dari keretakan bangsa kita. Mengenai para pemimpin kita, marilah kita doa agar ketemu jalan penyelesaian supaya mereka bersatu dan tidak mengikut telunjuk kafir harbi.
Di sini saya ingin juga tegaskan, bukannya bangsa lain yang kita mahu jatuhkan, yang kita mahu mereka tumpas. Bukan itu yang kita mahukan. Bangsa lain biarlah mereka maju di Malaysia, biarlah mereka hidup aman damai di Malaysia kerana mereka memang mempunyai hak untuk hidup di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia, cuma yang jelas perlu kita tentang ialah pemimpin-pemimpin kafir harbi yang ingin "menjajah" Malaysia dan menewaskan Melayu Islam dan Islam khususnya kerana ini adalah Tanah Melayu dan selamanya Tanah Melayu.
Perkara utama yang perlu kita lakukan dan usahakan ialah penyatuan bangsa. Kehidupan kita memang tidak boleh lari daripada politik tapi yang kita boleh ketepikan ialah fahaman politik kita agar kita mudah untuk bersatu. Kita masih belum lagi dalam keadaan tertekan kerana kita masih lagi dalam keadaan selesa, cuma kita lalai dan masih ketinggalan berbanding bangsa lain. Tetapi sudah tentu kita perlu mengambil langkah awal untuk menutup keretakan yang berlaku dalam bangsa Melayu Islam sebelum berlakunya perpecahan. Kita bertanggungjawab terhadap bangsa kita tidak kira anda suka atau tidak. Nilaikan semula dalam diri kita untuk meningkatkan kasih dan sayang kita terhadap bangsa kita supaya menjadi bangsa yang aman makmur dan kuat tidak kira dari pelbagai segi dan dapat meningkatkan kualiti ekonomi bangsa kita seterusnya menjaga adat istiadat bangsa kita agar tidak pupus dan mengembangkan ajaran Islam yang suci. Kita di peringkat akar-umbi inilah yang dapat memajukan dan mengukuhkan ikatan bangsa Melayu Islam.
0 comments:
Post a Comment